Azmin arahkan Khalid tumpu pada PRU13..Siapa Arah Siapa Ni?

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi tumpuan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Sehubungan itu, Azmin yang juga pengerusi PKR Selangor berkata, beliau tidak akan melayan soalan mengenai pergolakan dalaman parti itu yang semakin memuncak dengan desakan ahli akar umbi yang semakin kuat mahu setiausaha politik MB, Faekah Hussin dipecat. “Sebentar tadi saya telah menyatakan kepada YAB Datuk Menteri Besar pagi ini ialah tumpuan kita untuk menghadapi PRU13. “Tumpuan di peringkat kerajaan negeri khususnya di Selangor sama ada PKR di negeri Selangor akan bersama-sama mendokong segala usaha ke arah itu,” MB Selangor diarah Azmin Ali...hahaha Memang diakui AZMIN ALI lagi berkuasa daripada Khalid.difahamkan tindakan pimpinan PKR untuk “menasihati” Abdul Khalid supaya mengekang tindakan “keterlaluan” Faekah daripada campurtangan urusan parti tidak berjaya. Sebaliknya Abdul Khalid melantik Setiausaha Politiknya itu, bersama Setiausaha Akhbarnya Arfa'eza Aziz menyertai sebuah jawatankuasa tertinggi mengendalikan dana RM300 juta untuk program Selangorku. Tidak ada ahli Exco yang dipilih untuk menyertai jawatankuasa berkenaan, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kuasa “luar biasa’ yang diberi oleh Khalid kepada dua pegawainya itu. Abdul Khalid tidak memegang sebarang jawatan kanan dalam PKR setelah Azmin menggantikannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor dua tahun lalu. Hubungan di antara mereka menjadi lebih keruh sejak itu dan pengaruh Faekah ke atas Abdul Khalid hanya memburukkan krisis dalaman PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana