Aduhhh...Letak jawatan pakai mesej menerusi Twitter....Dahsyatnya

Sekarang sudah ada stail politik baru.Boleh main letak jawatan pakai mesej menerusi Twitter sahaja.Ia diperkenalkan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. Ini bila beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai CEO di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor menerusi twitter petang Khamis. Bos pejabat itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Letak jawatan adalah perkara biasa.Namun umum letak jawatan pakai twitter agak luar biasa.Dan...letak jawatan ketika panas isu orang-orang Azmin Ali dikatakan sedang ' mandikan' Setiausaha Politik Menteri Besar Tan Si Khalid Ibrahim yakni Faekah Husin tentu boleh buat orang bercakap. Rafizi memberi alasan beliau ingin relaks sikit kerana kini menjalankan dua tugas - siang di Selangor dan malam jaga politik. Betulkah begitu? Sebagai Pengarah Strategi PKR...langkah ini dianggap 'tak ada staregi' langsung. Beliau tentu faham maksudnya dalam kontek politik di pejabat Menteri Besar Selangor yang hangat kebelakangan ini. Ini kecualilah strategi beliau untuk turut sama ' mandikan' Faekah yang kebelakangan ini diserang hebat kerana dikatakan tidak sebulu dengan orang-orang Azmin. Atau...mungkin sudah tidak tahan lagi dengan politiking di pejabat Menteri Besar. Azmin telah menafikan beliau ada kaitan dengan hu ha isu Faekah. Faekah ialah orangkanan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Makanya macam-macam andaian timbul dalam kemelut yang semakin panas ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana