Adik PM ...Nazir selar pemimpin heret rakyat dalam politik perkauman

Penerima Ijazah Kehormat Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Datuk Seri Nazir Razak menyelar sikap golongan yang menggelar diri mereka pemimpin di negara ini yang sering mengheret rakyat dalam politik perkauman.Katanya, banyak golongan pemimpin sedemikian seolah-olah tidak dapat menahan diri untuk berbuat demikian.Malah beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, bimbang dengan situasi di sekolah rendah sekarang yang tidak lagi mempunyai pelajar pelbagai kaum seperti masa dahulu."Saya amat bimbang apabila melawat sekolah-sekolah rendah pada masa ini yang tidak ada satu pun memperlihatkan sekolah pelbagai kaum seperti masa dahulu,’’ katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapan selepas menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perniagaan daripada Canselor WOU, Tun Dr. Lim Keng Yaik pada majlis konvokesyen khas yang turut dihadiri oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon di sini hari ini.Pada majlis tersebut Pengerusi Institut East Asian dan Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, Prof. Emeritus Wang Gungwu menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dan bekas Setiausaha Majlis WOU, R. Padmanathan pula menerima Ijazah Kehormat Sarjana Pentadbiran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana