300 Wakil NGO Berkumpul Serah Memorandum Kepada Nik Aziz-Lintang Pukang NIK AZIZ Lari Kot
300 Wakil NGO Berkumpul Serah Memorandum Kepada Nik Aziz...
Mereka yang mewakili badan-badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan itu berkumpul lebih sejam mulai 10.30 pagi di pintu masuk Kompleks Kota Darul Naim dengan membawa kain rentang dan sepanduk antaranya berbunyi 'Kerajaan Batu Asas', 'Selesai Air Dulu', 'Manisnya Janjimu' dan 'Rakyat Derma Doh, YB dan Exco Bila Lagi'.Kompleks itu menempatkan pejabat-pejabat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar.Kumpulan itu turut membawa peralatan seperti kereta sorong, cangkul, penyodok dan penyapu sampah untuk Nik Abdul Aziz sebagai sindiran terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS itu.
Memorandum dan peralatan tersebut diserahkan wakil kumpulan itu, Kamaruddin Mohd Kasim kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Fazli Shaari yang mewakili Nik Abdul Aziz."Yang lebih utama dan perlu dilaksanakan segera oleh kerajaan PAS Kelantan ialah...menyelesaikan dulu masalah rakyat seperti penyediaan rumah mampu milik, masalah air yang berlarutan, bantuan kepada rakyat miskin serta penyelesaian janji-janji lama,"Antara NGO dan persatuan yang hadir ialah Angkatan Generasi Melayu Muda, Persatuan Pemandu-pemandu Teksi Kelantan, Majlis Intelektual Muda Darul Naim, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.Sementara itu, Setiausaha Perkasa Kelantan Shariff Mahmud berkata kerajaan negeri kini boleh diibarat 'kerajaan batu asas' yang hanya pandai membuat janji tetapi gagal melaksanakannya.

Comments
Pakej apa? Pakej masuk ke kocek mereka.
Kerajaan Pakej hehehehe
Idea terdesak. Dapat idea dari pakej Haji dan Umrah hehehehe