Lagi Tiga peserta perhimpunan "BERSIH"ditangkap....

Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung insiden merusuh yang berlaku semasa perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata mereka dikesan dan ditahan polis semalam hasil penyiaran gambar 49 individu termasuk seorang wanita yang terbabit dalam insiden buruk pada perhimpunan itu.
Katanya, seorang yang ditahan itu adalah individu yang menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis trafik pada hari tersebut."Selain itu, pihak polis sudah mengenal pasti beberapa suspek yang terbabit dan kini polis sedang menjejaki mereka untuk membuat tangkapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Mohmad turut merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama mereka menyalurkan maklumat berhubung kejadian merusuh pada perhimpunan itu.

"Sekali lagi saya menyeru kepada orang ramai yang mengenali mana-mana orang atau kepada mana-mana individu gambarnya yang disiar melalui media untuk tampil menyalurkan maklumat kepada mana-mana pegawai polis dan balai polis yang berhampiran," katanya. Mohmad berkata, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat ASP Azmi Aziz di di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau e-mel azmiazizi@rmp.gov.my."Semua maklumat yang disalurkan orang ramai akan dirahsiakan," katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana