Kakitangan awam boleh dibuang kerja jika terlibat rusuhan Bersih 3.0

KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang didapati terlibat dalam rusuhan ketika perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 pada 28 April lalu boleh dikenakan tindakan dibuang kerja.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Osman berkata, bagaimanapun setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan pembabitan penjawat awam dalam perhimpunan tersebut.

"Penjawat awam tertakluk dibawah Perintah Am Bab D, Tatacara Salahlaku Tatatertib Perkhidmatan Awam di mana mereka tidak boleh menyertai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.
"Jika mereka didapati terlibat, Cuepacs tidak akan membela nasib mereka. Mereka boleh dikenakan sama ada tindakan tatatertib termasuk, digantung kerja dan jika serius, boleh dibuang kerja," katanya selepas majlis Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ketua Polis Negara di Maktab PDRM, hari ini

Comments

ismaizaz said…
This comment has been removed by the author.
Dot said…
buang semua yg memberontak tu!! kalau anak2 boleh lagi dipujuk, dibentuk & dididik mana yg baik, mana yg beruk...

tp kalu yg dah tua nak jadi beruk, susah nak dinasihatkan dah

buang saja!!

contoh mudah:
kita buka warung berniaga, pekerja sorang dua asyik nak memberontak, mintak itu ini. dah diberi sebahagian dari permintaan, masih tak puashati, nak semua tuntutan dipenuhi walaupun tak menasabah. adaka nak jadi taukeh gantikan kita? mahu simpan lagi ka pekerja2 mcm tu?
Unknown said…
betul tu bos...mereka patut diajar secukup cukupnya

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL