Drama ceramah Anwar VS Ruhaine di Bukit Rambai....Cabut Lariiiiii ANWAR BEB

Penduduk di Paya Mengkuang,Bukit Rambai,Melaka menyaksikan satu drama menarik Sabtu malam bila berlaku pertembungan ceramah antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Ahli Parlimen Parit Sulong,Datuk Ruhaine Ahmad di situ.
Ruhaine atau lebih dikenali sebagai ‘Ron’ bukan sebarangan orang dikaca mata Anwar kerana beliau adalah bekas inner circle Ketua Pembangkang itu semasa zaman kegemilangannya Timbalan Perdana Menteri dulu.Suasana tegang timbul pada malam itu di Paya Mengkuang bila jarak ceramah antara kedua mereka hanya sekitar 50 meter antara satu sama  lain.

Hasrat Anwar untuk menguasai hadirin dengan ceramahnya gagal bila Ruhaine yang dijemput memberi ceramah anjuran UMNO situ naik ke pentas sejurus Ketua Umum PKR itu memulakan ceramahnya di pentas PKR.Maka berlakulah pertembungan pembesar suara antara Ruhaine dan Anwar.Ruhaine telah membelasah cukup-cukup pelbagai kelentong Anwar termasuk isu PTPTN yang lulus masa beliau Timbalan Perdana Menteri.
Antara lain beliau berkata sebagai bekas Pengerusi MARA beliau tahu banyak tentang sandiwara Anwar.Keadaan menjadi panas hinggkan ada hadirin yang mendengar ceramah Ruhaine berlari ke kawasan ceramah Anwar dan berteriak kepadanya ‘bohong….bohong’Anwar yang nampaknya tidak tahan dengan serangan bekas orang kanannya tidak jauh dari situ akhirnya telah memberhentikan ceramahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL