'Orang buta, tuli saja tak tahu' Kerasnya Bahasa.....


 Walaupun didesak oleh ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar beliau menjawab segala dakwaan ke atasnya, namun Azmin Ali (gambar) tetap enggan berbuat demikian.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PKR itu menganggap semua tuduhan tersebut sudah dijawab sebelum ini.
Bercakap kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini hari ini,

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, tiada apa yang perlu dijelaskan lagi kerana semua itu telah dijawab berulang kali sebelum ini.

Beliau memberi jawapan "Tak payah," ketika ditanya mengenai semua kontroversi yang berlaku.
"Tak ada apa... berapa kali nak jawab. Hanya orang buta dan tuli saja yang tidak tahu," katanya.


Semalam, ahli-ahli akar umbi PKR buat pertama kali dan secara terbuka menuntut supaya Azmin menjawab segala dakwaan terhadapnya dan meninggalkan parti jika gagal berbuat demikian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana