Najib umum Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang ganti Tsu Koon

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang baru, menggantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Chang Yeow adalah Setiausaha Agung Parti Gerakan.
Najib mengumumkan demikian selepas mengadakan perjumpaan Bersama Jentera BN negeri sempena lawatan seharinya ke Pulau Pinang di Bukit Jawi Golf Club, di sini, pagi ini."Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini.
"Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini," katanya.
 

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul