Menteri Besar cabar Pas...Hebat Betul Ahmad Said


KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mencabar Pas agar membiayai pengajian sembilan penuntut yang terlibat dengan perhimpunan Bersih di Mesir tahun lalu.
“Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih.
 “Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah me-ngundi, bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih,” katanya.Menurutnya, Kerajaan Negeri bukan zalim, keputu-san penarikan balik pinjaman kepada penuntut dibuat kerana pihaknya menghantar penuntut terbabit ke luar negara untuk menyambung pelajaran dan bukannya melibatkan diri dengan perhimpunan haram.
 
Justeru, Ahmad menuntut pihak bertanggungjawab yang mengheret penuntut terbabit dalam kegiatan yang tidak berfaedah itu membiayai penga-jian sehingga tamat.“Kerajaan  Negeri tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak berhubung penarikan balik pinjaman Yayasan Terengganu (YT) ke atas sembilan penuntut terbabit.“Kita tetap dengan keputusan untuk menarik balik pinjaman penuntut yang didapati terlibat kerana kita hantar mereka (pelajar) untuk pergi belajar dan bukannya terlibat dengan kegiatan sebegini (perhimpunan haram),” katanya.
 
Selain itu, Ahmad turut menyelar dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri bertindak kejam ke atas pelajar berkenaan, sebaliknya Pas yang mengkhianati dengan melibatkan penuntut yang masih mentah untuk terbabit dalam politik.Sebelum itu, kira-kira 100 orang yang terdiri daripada Gerakan Pelajar Pantai Timur (Gempur), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) berhimpun di hadapan Wisma Darul Iman untuk mendesak kerajaan menarik balik pembatalan pinjaman ke atas sembilan pelajar.
 
Dalam perkembangan sama, Ahmad turut mengingatkan pelajar di bawah pembiayaan Yayasan Terengganu agar tidak sesekali terlibat dengan demostrasi Bersih 3.0 yang dijangka 28 April ini jika tidak mahu pinjaman ditarik balik.“Kita akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka (pelajar) yang didapati terlibat kerana waktu ini bukan masa untuk berdemostrasi, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pelajaran,” katanya.

Comments

sgray said…
Setuju sangat.Seharus inilah tindakan yang wajar di lakukan juga oleh pehak kerajaan dalam isu PTPTN.Berlembut biarlah kena pada tempatnya.Sikap bapa yang bertanggung jawab yang ditonjolkan oleh MB nie.
Bukan macam kedua PEGAWAI KPT yang macam ular..mengalakkan demo tapi menegur isu PTPTN...tak layak mereka nie mimpin Kementerian Pendidikan.
Darul Iman Fm said…
aku setuju kalau kerajaan malaysia tarik balik PTPTN kepada pelajar2 yang duk tuntut hapuskan PTPTN. biar sedar sikit diri tu.. cuba pelajar2 ni tanya mak bapak dia apa yang mak bapak dia rasa kalau org pinjam duit mak bapak dia lepastu tak nak bayar balik.. jenis x sedar di untung.. segala galanya kerajaan bg untuk pendidikan.. dari sekolah rendah hingga ke universiti.. tp sikit pun x ada rasa nak berterima kasih. cuba try pelajar2 ni x kenang jasa makbapak dia yg membesarkan dia.. apa mak bapak dia rasa.. sama lah dgn kerajaan bantu mcm2 kat rakyat tp rakyat haram jadah nak berterima kasih.. kalau kata semua itu tanggungjawab kerajaan.. makbapak pun sama la bertanggungjawab pada anak2..tp dgn mak bapak dia pandai lak dia hormat..berterima kasih.. padahal sama je konsep mak bapak dgn anak dan kerajaan dgn rakyat. klu anak yg x kenang jasa makbapak dipangil anak derhaka..sama lah rakyat yg x kenang jasa kerajaan dipangil rakyat derhaka.
Unknown said…
memang mahasewel sudah dirasuk oleh ANWAR dengan janji manis

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana