Kelab Putera 1Malaysia bantu mangsa bom Hatyai

ALOR SETAR: Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mengetuai sekumpulan 30 doktor dan paramedik bersama 11 ambulans dengan misi membawa pulang rakyat Malaysia yang cedera akibat letupan bom kereta di Hatyai, kelmarin.

Abdul Azeez berkata, mereka akan melaksanakan dua misi penting, iaitu membawa pulang mangsa terbabit untuk menerima rawatan di hospital di negara ini, selain membantu membawa pulang pelancong negara ini yang terkandas akibat kejadian letupan bom itu. Pelancong terbabit yang terselamat tidak dapat pulang ke negara ini apabila kereta mereka yang diletakkan di hotel berkenaan turut musnah.Mereka bergerak secara berkonvoi dari sini ke Bukit Kayu Hitam petang tadi, sebelum terus ke Hatyai.

Dalam kejadian letupan bom kereta bawah tanah Hotel Plaza Lee Garden pada kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin, seramai dua rakyat Malaysia maut, manakala 10 lagi cedera.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana