KANTOIIII....Pengerusi Dong Zong didakwa beli PhD?


Dalam apa yang dilihat sebagai satu ironi Pengerusi Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah China (Dong Zong), Dr Yap Sin Tian didakwa membeli membeli ijazah kedoktoran (PhD) palsu di Internet.

Penulis blog ‘Stop The Lies’ mendakwa dia mempunyai cukup bukti bahawa Yap membeli ijazah tersebut dan beliau telah memperdaya ramai pihak terutamanya dalam isu melibatkan pendidikan Cina di negara ini.

"Dalam tempoh beberapa tahun beliau (Yap) telah memperdaya orang ramai termasuk beberapa ahli kumpulan pendidikan Cina berhubung kelayakannya yang palsu. "Beliau dengan bangga telah mempamerkan resumenya di laman web, Oriental Strategy Research Centre yang di mana beliau juga merupakan pengarah di sana,” kata penulis blog tersebut dalam entri terbarunya, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, penulis tersebut berkata Yap didakwa mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Southern Cross, Australia pada 1999.

"Selain itu, Yap turut mendakwa beliau mempunyai dua lagi, PhD dari Universiti Kesington Amerika Syarikat pada 1993 dan ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan pada 1991 di universiti yang sama.

"Semakan kami mendapati Universiti Kesington tidak mempunyai bilik kuliah, tiada makmal mahupun asrama. Ini adalah satu perkara yang pelik. Universiti tersebut hanya memiliki sebuah pejabat kecil di Glendale, California,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana