JET PEJUANG REMPUH APARTMEN DI VIRGINIA,

VIRGINIA, 7 Apr - Sebuah jet pejuang tentera laut Amerika Syarikat yang gagal dikawal menghujani bahan api sejurus sebelum terhempas merempuh sebilangan pangsapuri, menurut penduduk dan para pegawai. Menurut Dr. Thomas Thames, naib presiden hal ehwal perubatan Sentara Virginia Beach Hospital Besar, kedua-dua juruterbang, seorang pegawai polis dan tiga orang awam dikejarkan ke hospital tersebut untuk rawatan selanjutnya. "Tiada kecederaan serius sehingga mengancan nyawa mereka yang tercedera," kata Thames. Rempuhan dan letupan menggegarkan keadaan sewaktu penduduk setempat menikmati musim bunga dan cuti Easter di hujung minggu. Jet pejuang F/A 18 yang mengalami kebakaran mendarat cemas lalu merempuh halaman yang dikelilingi oleh lima buah apartmen. Seorang saksi, Pat Kavanaugh berkata kedua-dua juruterbang itu sempat keluar dari jet pejuang tersebut dan menjumpai salah seorang daripadanya yang masih terikat di tempat duduk dengan kesan calar di muka. Kavanaugh berkata sewaktu kejadian beliau sedang berehat di sofa apabila mendengar satu letupan kuat dan terkejut melihat payung terjun yang tergantung di bangunan. Ketua Batalion Jabatan Bomba Virgina Beach, Tim Riley berkata pihaknya bertungkus lumus beberapa jam memadamkan api kebakaran di kawasan sekitar apartmen sebelum kru penyelamat mula melakukan carian terperinci melalui bangkai jet yang hangus untuk mencari mangsa yang tercedera atau yang telah.
Saksi kejadian dan penduduk setempat yang telah biasa dengan pengendalian pesawat tentera di kawasan tersebut bertukar panik apabila jet pejuang itu terhempas merempuh apartmen berhampiran dengan rumah mereka.Ketua Bahagian EMS Virginia Beach, Bruce Nedelka berkata kemusnahan yang berlaku boleh menjadi lebih serius jika kedua-dua juruterbang pesawat tersebut tidak membuang bahan api sejurus sebelum terhempas. "Kedua-dua juruterbang jet ini pantas berfikir dan melakukan sesuatu yang tepat," kata Nedelka. "Jika ini tidak dilakukan, impak dan kebakaran akibat bahan api tersebut akan lebih lebih serius dan teruk. Apa yang dilakukan (kedua-dua juruterbang) patut dipuji." "Kami cukup biasa dengan situasi jet pejuang berlepas dan mendarat di sini," kata George Pilkington, yang menyaksikan jet pejuang tersebut terbang melepasi trak yang dinaiki beliau. "Namun apabila trak saya dihujani dengan limpahan bahan api yang banyak, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena," kata Pilkington. "Bunyi enjin jet tersebut seperti meneran dan menekan. Saya bersyukur kerana ia tidak menyebabkan lebih banyak kerosakan berlaku kepada apartmen itu," kata beliau. Sumber Tentera Laut AS, memberitahu jet pejuang tersebut terhempas sejurus selepas berlepas dari Naval Air Station Oceana di Virginia Beach. Jet pejuang tersebut sedang melakukan sesi latihan sewaktu tragedi ini menimpa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana