IMPIAN PENEROKA FELDA AKAN MENJADI KENYATAAN....JANJI BN DIKOTA KALAU JANJI PAKATAN....HAMPESSSSSS

FELDA melantik tujuh bank komersial untuk menyediakan kemudahan pembiayaan bagi membolehkan peneroka membeli saham selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata pelantikan tujuh bank tersebut dibuat kerana jumlah peneroka yang mahu membeli saham FGVH adalah terlalu ramai iaitu lebih 200,000 orang termasuk peneroka generasi pertama."Kita sudah berbincang dengan bank dan setakat ini tujuh bank kita dapati mampu untuk menyertai program ini...pembelian ini mesti diuruskan sendiri oleh peneroka dengan kerjasama bank yang kita lantik."Kalau kita suruh peneroka buat pembelian sendiri, ia akan mengambil masa kerana sekarang ini masa kita tidak cukup, sebab itu kita lantik bank-bank ini untuk pergi ke kawasan FELDA dan bantu mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Sosial Korporat Pendidikan (PROSKOP) Sumbangan Bahan Bacaan untuk Pusat Sumber Sekolah Rendah Luar Bandar peringkat Negeri Sembilan, di FELDA Kepis, di sini hari ini.

Katanya, pelantikan bank tersebut juga bagi memudahkan peneroka membuat urusan pembelian saham dan mengelakkan mereka daripada tertipu oleh pihak tertentu yang mungkin cuba mengambil kesempatan. Katanya, tujuh bank tersebut ialah Maybank, CIMB, Ambank, Bank Muamalat, Bank Islam, Affin Bank dan OCBC Bank yang dikhususkan mengikut negeri. "Maybank akan bertanggungjawab bagi membantu peneroka di Johor, Sabah dan Sarawak, CIMB Bank akan bantu peneroka di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pahang, sementara Ambank di Negeri Sembilan dan Perak."Bank Muamalat bantu peneroka di Perak, Bank Islam di Terengganu dan Kelantan, Affin Bank di Perlis dan Kedah dan OCBC Bank di Negeri Sembilan," katanya.Mohd Isa berkata, pembiayaan itu bagaimana pun bukanlah satu kemestian kerana jika peneroka mempunyai kewangan sendiri yang mencukupi mereka boleh menggunakannya tanpa pembiayaan dari pihak bank. - BERNAMA
 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana