BR1M temukan ibu, anak selepas terpisah 21 tahun

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diberikab kerajaan bukan saja membantu meringankan beban kewangan rakyat, malah memberi seribu pengertian buat Nor Hidayah Awang, 27 apabila dipertemukan kembali dengan ibu kandungnya yang terpisah selama 21 tahun.

Beliau yang berasal dari Kampung Kuala Mai, di sini, pernah berputus asa untuk menjejaki ibunya, Khatijah Jaafar, 49, yang gagal ditemui selepas berpisah dengan bapanya sejak beliau berusia enam tahun.
Menceritakan kembali detik pertemuan bersejarah itu, ia bermula apabila suaminya, Khairul Mubin, 27, membuat permohonan BR1M, dua bulan lalu tetapi dimaklumkan suaminya tidak layak.

Beliau hairan mengapa permohonan itu ditolak sedangkan pendapatannya tidak melebihi RM3,000.
Oleh kerana tidak berpuas hati, Khairul dan Hidayah pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Temerloh pada 12 April lalu untuk menyemak semula status permohonan tetapi pegawai LHDN memaklumkan bahawa nama isterinya sudah digunakan oleh individu lain.Hidayah berkata, beliau meminta butiran peribadi individu yang menggunakan namanya memohon BR1M dan terkejut selepas mendapat tahu individu berkenaan adalah ibu kandungnya yang terpisah sejak 21 tahun lalu.

" Selama ini saya cuba mencari ibu di serata tempat dan bertanyakan kepada saudara-mara tetapi tiada siapa yang tahu menyebabkan saya hampir berputus asa.
" Akhirnya BR1M yang diilhamkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mempertemukan kami," katanya dipetik Berita Harian.

Beliau berkata selepas mendapatkan alamat dan nombor telefon ibunya, Hidayah memberanikan diri untuk menghubungi ibunya yang kini menetap di Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.
Semalam kedua-dua beranak itu bertemu di rumah Hidayah di Kuala Mai dan suasana hiba mencampur gembira." Walaupun tidak mendapat wang BR1M, saya mendapat sesuatu yang lebih berharga iaitu dipertemukan semula dengan ibu,"katanya.

Comments

myonemazlin said…
terharu mendengar cerita macam nie...

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL