Ahli PKR tidak puas hati Wan Azizah, Shamsidar batal sidang media

KUALA LUMPUR 14 April - Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Shamsidar Taharin membatalkan sidang akhbar mereka pada saat-saat akhir mengundang rasa tidak puas hati dan menjadi bahan cemuhan di kalangan penyokong parti itu.
Rasa tidak puas hati itu disuarakan dengan lantang menerusi ruangan komen di blog Suara Pakatan Rakyat di http://suarapakatanrakyat.com kelmarin yang menulis satu entri berhubung pembatalan sidang akhbar tersebut.Antara lain penyokong pembangkang itu mendesak pemimpin PKR tidak memberikan alasan bodoh berikutan pembatalan sidang akhbar tersebut kononnya mendapat maklumat ada pihak tertentu cuba menggagalkannya atas sebab yang tidak dapat dipastikan.
Penyokong PKR itu juga mendakwa sudah letih untuk meyakinkan ahli di peringkat bahagian berhubung isu tersebut dan memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada pemimpin PKR membuat penjelasan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana