USTAZ YANG DIKENA TANGKAP SEMALAM AKAN BERI KETERANGAN ESOKKKK....

KUANTAN: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dipanggil semula ke pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) esok bagi membantu siasatan berhubung dakwaan khalwat terhadapnya dengan seorang wanita yang sudah bersuami di sebuah hotel di sini semalam.

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz, berkata pemimpin itu
bersama wanita berkenaan perlu tampil memberi keterangan dalam proses siasatan terhadap kes tersebut.Beliau berkata, ia adalah satu prosedur biasa dalam kes seperti itu.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
"kertas hasil siasatan tersebut akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Kejadian khalwat itu dikatakan berlaku pada kira-kira jam 3 pagi semalam di bilik sebuah hotel di Balok di sini. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana