Terbaik Dari PM : Kuarters baru JKR bukti kerajaan tunai janji

NAJIB Tun Razak bersama Shaziman Abu Mansor (kiri) melawat rumah keluarga Abdul Rashid Dahalan (dua kanan) selepas merasmikan Kuarters Baru Jabatan Kerja Raya (JKR) di Batu 4 1/2, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembinaan kuarters baru Jabatan Kerja Raya (JKR) di Batu 4 1/2, Jalan Sungai Besi di sini membuktikan kerajaan mengotakan apa yang dijanji kepada rakyat sebelum ini dan ia bukan sekadar retorik politik.kuarters baru itu bakal didiami oleh 60 kakitangan kumpulan sokongan JKR dan menjadi contoh bahawa janji kerajaan yang dibuat sebelum ini untuk menggantikan kuarters lama yang sudah usang kini menjadi kenyataan.kuarters yang dibina dengan kos RM19 juta dan memiliki tiga bilik tidur serta dua bilik air itu dapat disiapkan dalam masa kurang 18 bulan dan ia adalah lebih cepat daripada jadual sebenar. kuarters lama JKR di situ sangat tidak sesuai lagi didiami oleh kakitangan memandangkan ia hanya memiliki sebuah bilik tidur dan dibina sejak zaman perang dunia kedua lagi."Semasa melawat kuarters lama pada 2009, saya minta kementerian menggantikan kuarters buruk dan daif dengan yang baru dan dalam tempoh singkat sahaja, projek baru ini menjadi kenyataan,"Selain kuarters, terdapat kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di situ seperti pusat asuhan kanak-kanak, gelanggang futsal, tempat meletak kereta dan taman permainan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana