Syabas Nik Aziz....Apa Boleh Buat Untuk Kekal Selama lamanya




Tahniah kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat kerana telah mengisytiharkan diri untuk bertanding lagi pada PRU13.Pengumuman mengenai perkara itu dinyatakan kelmarin dalam ceramah beliau di pejabat parti negeri. Nampaknya tempoh 45 tahun belum cukup.Jika tidak silap, Nik Aziz, 81, adalah wakil rakyat paling lama dalam sejarah tanah air. Beliau mula menjadi calon pilihan raya pada tahun 1967. Jawatan Menteri Besar pula sudah empat penggal iaitu melebihi 21 tahun. Pun tidak cukup lagi.Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam. Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas.Nik Aziz ada kuasa untuk mewajarkan kedudukannya sampai bila-bila yang beliau mahukan.Masih ingat tidak lama dahulu bagaimana beliau memburuk-burukkan Dr. Mahathir Mohamad kerana dikatakan begitu lama menjadi Perdana Menteri.Malah Nik Aziz pernah menyatakan tidak sedikitpun akan mengikut jejak langkah mantan Perdana Menteri itu. Paku dulang, paku serpih mengata orang, dia yang lebih.Keputusan terbaru itu menyerlah hakikat siapa sebenarnya Nik Aziz. Dakwaan beliau kononnya Pas masih mahukan khidmat beliau, sekadar alasan.Mahathir berundur ketika majoriti rakyat masih memerlukan kepimpinannya dan ketika popularitinya berada di kemuncak. Biarpun setelah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dunia termasuk negara-negara Islam mengagumi ketokohan beliau.Beliau tetap dengan pendiriannya walaupun ramai yang menghalang beliau untuk bersara. Jika Dr. Mahathir yang tidak dikaitkan dengan imej ulama mempunyai keyakinan untuk berundur dan tidak selamanya mahu bergayut pada jawatan, mengapa Nik Aziz tidak boleh berbuat demikian?Apakah beliau tidak yakin kepada pemimpin pelapis Pas Kelantan. Buruk dan dungu sangatkah mereka? Atau mereka dikaitkan dengan isu korup yang serius (sebagaimana menjadi buah mulut) sehingga tidak layak diberi kepercayaan? Nik Aziz juga ada isu integriti berkaitan menantunya, yang semua orang tahu. Nik Aziz, beliau sudah hilang keyakinan untuk mencermin diri dan memahami realiti. Apa pun, kuasa sememangnya mudah melekakan manusia. Kalau Tok Guru sudah sedap - peduli apa - teruskan sahaja.     

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana