SUDAH CAKAP DAH ANWAR AKAN MENGATAKAN MEDIA UMNO BUAT SPEKULASI...

Khairy sangkal tuduhan Anwar terhadap media berhubung isu Israel

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyangkal dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya media UMNO menggunakan sebahagian sahaja kenyataannya dalam akhbar The Wall Street Journal (WSJ) berhubung sokongan ketua pembangkang itu terhadap Israel.
Beliau berkata, tuduhan Anwar itu menggambarkan seolah-olah media UMNO yang memutar belit kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar antarabangsa itu.Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO di di sini hari ini, Khairy berkata, temu bual yang disiarkan dalam akhbar WSJ jelas menunjukkan bahawa Anwar menyokong usaha menjaga keselamatan Israel."Dalam kenyataan tersebut, dia kata dia sokong segala pertahanan Israel,” katanya. Laman media rasmi Parti Keadilan Rakyat, KeadilanDaily, hari ini melaporkan bahawa Anwar dalam pertemuan bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjelaskan bahawa salah faham isu itu timbul disebabkan media UMNO hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada kenyataannya yang disiarkan oleh WSJ bulan lepas. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana