Sedihnya....400 peniaga pasar sehari rugi

Kira-kira 400 peniaga pasar sehari Naka di sini mendakwa mengalami kerugian apabila mereka tidak lagi dibenarkan berniaga di tapak tersebut oleh Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) sejak dua minggu lalu.
Rata-rata peniaga tidak berpuas hati apabila hanya tapak pasar sehari sahaja diarah tutup manakala peniaga lain termasuk pasar malam dibenarkan beroperasi seperti biasa.Kalangan peniaga mendakwa rugi antara RM300 hingga RM500 sehari selain terpaksa menanggung kos bahan jualan yang rosak akibat tidak dapat berniaga.Wakil peniaga, Matzuki Shamsul, 42, berkata, walaupun tapak niaga ditutup untuk sementara waktu sahaja namun ia menjejaskan periuk nasi mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan berpendapatan rendah."Semua peniaga di sini ada keluarga untuk diberi makan dan jika kami terus dihalang untuk berniaga, sukarlah kami nak cari rezeki untuk tampung perbelanjaan harian," katanya ketika mengadakan perhimpunan bantahan di tapak pasar sehari itu di sini semalam.Matzuki berkata, pihak MDPT sepatutnya mengambil inisiatif lain seperti menggantikan tapak yang ditutup dengan tapak sementara yang lain untuk peniaga meneruskan perniagaan."Ini tidak, cuma bagi notis dan tutup tapak menyebabkan peniaga di sini kerugian kerana tidak dapat berniaga," jelasnya.Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, tindakan MDPT itu dilihat menindas peniaga tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana