Lagi Panasss!!!!!Hasan Ali VS PAS : Ini kes berat...

Sebelum ini memang ada dengar kisah ini berlegar.Namun tiada siapa yang dapat mengesahkan.Ini antara isu utama yang dikatakan membuat Datuk Dr Hasan Ali sangat kecewa dengan sikap partinya sendiri,PAS.
Pada ceramahnya di Bukt Naning ,Muar Jumaat malam bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu sendiri mendedahkannya.Di depan kira-kira 3,500 orang hadirin  beliau memberitahu bagaimana kepimpinan PAS cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.
"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga  mendakwa 72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan PKR.
Beliau berkata sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yang sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13."Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu PAS terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya pada ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim)  itu.Beliau juga mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatan PAS, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara liberal jika diberi peluang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana