Jumlah Ahli Umno Meningkat Kepada 3.34 Juta...Alhamdulilah

KUALA LUMPUR: Jumlah keahlian Umno sehingga tahun berakhir 31 Disember 2011 meningkat kepada 3.34 juta orang.Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah tersebut melibatkan pertambahan sebanyak 113,116 ahli."Jumlah keseluruhan ahli Umno ialah sebanyak 3,335,875 dengan pertambahan seramai 113,116 ahli," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini, Khamis.
Bercakap kepada pemberita, Najib turut mengumumkan sambutan Majlis Ulangtahun Umno ke-66 yang akan diadakan secara besar-besaran pada 11 Mei ini."Kita akan buat sambutan di Stadium Merdeka. Sambutan yang lain daripada biasa dan meriah," katanya.Dalam mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira tiga jam itu, turut ditentukan tarikh bagi persidangan tahunan cawangan-cawangan Umno.Bagi sayap Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Umno cawangan tarikh yang ditetapkan ialah 1 April hingga 15 Jun 2012.Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana