Dr Hasan Ali tanding Bebas PRU13... tapi di mana ya?

PAS tentulah terpaksa menelan air lior jika Presiden JATI Datuk Dr. Hasan Ali yang juga bekas orangkuatnya bertanding dalam PRU ke13 sebagai calon Bebas.
Modal lama yang nak diguna untuk membelasah Hasan sebagai kuda tunggangan UMNO mati separuh jalan atau dengan kata lain, kantoi . . .macamlah cerita seorang pemimpin PKR Selangor yang juga kantoi kerana kes khalwat.Justeru kita lihat  sukar bagi PAS mengayatkan orang ramai bahawa Hasan ditaja atau sudah dibeli oleh UMNO.
Bukti yang mereka kemukakan bahawa selama ini UMNO berada dibelakang Hasan sebagai penaja kerana mahu membalas dendam atau mengambil kesempatan.
Tetapi yang PAS terlupa, mereka yang pecat Hasan dengan membelakangkan prinsip lslam dan menggunakan kaedah “dendam” sebagai jalan pintas menamatkan riwayat pejuang lslam itu.
Bukan Hasan cari pasai dengan depa tapi kerana DAP dan Anwar Ibrahimlah, Hasan menjadi korban PAS.
Maknanya PAS korbankan Hasan kerana kesetiaan pada DAP. Sebab seperti umum ketahui Hasan berada di barisan depan mempertahankan akidah umat lslam di Selangor yang berdepan isu pemurtadan.Sebagai reaksi kepada sikap zalim yang PAS pamerkan, Hasan bukan saja membuat road show mendedah wayang kulit PAS yang mewar-warkan perjuangan lslamnya.
Malah Hasan menubuhkan JATI sebagai platform NGO memperjuangkan lslam, Melayu dan Institusi Raja-raja sebagai “kuasa ketiga”.Siri Jelajah Hasan ke seluruh negara terutama di Perak mendapat sokongan luar biasa sehingga ada kala mengatasi crowd yang mengerumuni ceramah Anwar ataupun Mat Sabu.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat itu mengumumkan bahawa beliau mungkin bertanding dalam PRU ke13 sebagai calon Bebas.Bagaimanapun tidak pula menyebut sama ada dia akan bertanding di kawasan lama (Gombak Setia) atau di mana DUN atau Parlimen di Selangor ataupun memilih kawasan di Perak pula.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana