Dr Hasan Ali ramal Pas kalah teruk....

Kenyataan terbaik dari Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali meramalkan Pas akan mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti ekoran terpesong dari matlamat perjuangan sebenar serta hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR semata-mata.DAP dan PKR akan kekal meraih kemenangan besar tidak sebagaimana Pas yang telah hilang keyakinan ahli dan penyokong.dalam konteks di Selangor, apa yang akan pasti berlaku ialah kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili wakil DAP dan PKR akan terus memperolehi majoriti lebih besar.“Sementara Pas pula akan jatuh merudum kerana ahli dan penyokong sudah hilang keyakinan serta kepercayaan kerana perjuangan untuk menegakkan negara Islam sudah bertukar kepada perjuangan mewujudkan negara berkebajikan.“Pas dalam Pakaran Rakyat (PR) hanya menjadi kuda tunggangan semata-mata. Apa yang saya cukup pilu dan sedih demi matlamat menuju Putrajaya, Pas sanggup bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terangan menolak Islam,”Pas juga masih setia bersama PKR sedangkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai rekod akhlak yang teruk selain mengiktiraf dan menyokong Israel.
“Perlukah Pas masih bersama DAP yang secara terang menolak Islam? Perlukah Pas bersekongkol dengan Ketua Umum PKR yang dibelenggu masalah moral? Baru-baru ini juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa haram menyokong atau membuat kenyataan menyokong Israel yang kewujudannya adalah haram.“Namun, kalau haram kenapa masih mahu bersekongkol bersama mereka (PKR)? Sedarlah wahai Pas,”imej Pas kini cukup buruk dan terpaksa menanggung risiko mengalami kekalahan besar dalam PRU13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.Pada masa sama, Hasan juga hairan mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih berdiam diri walaupun telah memberikan kata dua kepada Anwar supaya menarik balik kata-katanya yang menyokong Israel atau menyaman The Wall Street Journal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana