Pas Johor kurangkan bilangan kerusi ditandinginya

PAS SANGGUP BUAT APA SAJA SEKARANG NI. Pas Negeri Johor memutuskan untuk mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Timbalan Persuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, mereka “menyerahkan” lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada pilihan raya umum lalu kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Kesemua kerusi DUN dan Parlimen di Johor yang diserahkan Pas kepada DAP dan PKR itu merupakan kawasan campuran berdasarkan kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan di kawasan terbabit,” katanya.
Katanya, Pas Johor membuat keputusan untuk bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 28 kawasan DUN pada PRU13, berbanding sembilan Parlimen dan 33 DUN pada PRU 2008. - BERNAMA

Comments

Brahim Nyior said…
Semakin jelas PAS tidak meyakini kawasan 'winable area' di Johor. Rata-rata Melayu Johor menolaknya kesan keceluparan Mat Sabu dalam isu Bukit Kepong, tuduhan LGE terhadap keselamatan pelancong Singapura di JB dan hal lain yang menjadi isu panas akhir-akhir ini.

PAS juga ketandusan anak tempatan yang ada karektor untuk menjadi ADUN di Johor.

Akhirnya, PAS mengundur diri dengan pelbagai alasan yang diciptanya.
hazim said…
macam mana nak ganti UMNO sedangkan bilangan kerusi parlimen semakin kurang. di mana logiknya pas nak jadi ketua dalam pr? jelas pemikiran di tahap bawah aras laut. inikah perancangan strategik untuk nak jadi pemerintah? tidak bijaksana langsung
Unknown said…
inilah yang dikatakan lebih sudu dari kuah

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana