FUYOO BERANG DENGAN PERMAJU INILAH PADAHNYA

MANA BOLEH TAHAN BEB,BERAPA LAMA NAK PERLU DITUNGGU LAGI.
Sebahagian daripada pembeli pangsapuri Ukay Bistari di Hulu Klang, di sini yang kecewa selepas lapan tahun menunggu projek kediaman mereka siap, bertindak di luar batas undang-undang semalam dengan memecahkan pagar zink di situ sebelum melarikan puluhan gugus kunci rumah.
Tindakan drastik yang melibatkan hampir 100 orang pembeli itu berlaku pada pukul 11 pagi semalam selepas mereka mendakwa syarikat pemaju gagal menyerahkan kunci rumah pada majlis yang berlangsung semalam.
Mereka bertindak memecah masuk bilik operasi pemaju tersebut dan membawa keluar puluhan gugus kunci kediaman dengan kakitangan syarikat itu tidak sempat berbuat apa-apa.
Ada pemilik rumah terbabit menggunakan kunci tersebut untuk masuk ke dalam rumah mereka.
Pengerusi Persatuan Pemilik Bangunan Terbengkalai Malaysia (Victim), Dr. Mohd. Rafick Khan Abd. Rahman mendakwa, pemilik rumah terpaksa bertindak demikian kerana yarikat pemaju sudah empat kali gagal tunai janji untuk menyerahkan kunci rumah.
Beliau selaku jurucakap pembeli memberitahu, majlis penyerahan kunci sepatutnya dilakukan semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana