PAS Pusat bincang isu JAIS serbu gereja DUMC esok
Adakah sampai bergitu sekali PAS kerana takut berhadapan dengan puak puak DAP dan PKR untuk memperolehi undi bukan melayu.mahu jaga undilah ni....boleh Blaaaaaaaaaaa lah.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (CWC) akan membincangkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu, pada mesyuaratnya esok.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Ali, berkata pada mesyuarat CWC itu, PAS Selangor akan membentangkan laporan berhubung isu itu serta mendapatkan penjelasan dari exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang juga anggota CWC.
Dr Hasan, Exco Hal Ehwal Islam Negeri, bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS menyerbu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) selepas mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam pada majlis itu. - BERNAMA
Comments