Jatuhkan Najib : Dakwaan Pelik Pembangkang Yang Tak Masuk Akal



KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Dakwaan Pas kononnya wujud gerakan dalam UMNO untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tuduhan pihak yang bankrap isu dan satu mainan politik kotor pembangkang yang cuba melemah dan memecah belahkan perpaduan di kalangan ahli UMNO, demikian menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Tegasnya tuduhan tidak berasas ini adalah strategi pembangkang untuk memecah belahkan perpaduan UMNO kerana UMNO sekarang sedang berada dalam suatu suasana yang amat padu.
“Oleh kerana itu pembangkang melihat perpaduan UMNO dan BN di bawah Datuk Seri Najib ini perlu dipecahkan kalau tidak dipecahkan mereka tidak boleh menang dalam pilihanraya. Dan kerana itu satu demi satu mereka membuat isu.
“Selepas mereka gagal adakan himpunan kotor yang mereka kata bersih itu, mereka kata nak kumpul 500 ribu, 300 ribu tapi yang datang enam ribu..maka dengan itu mereka telah rancang pelbagai strategi lain termasuk membuat dakwaan seperti ini”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Tambah beliau lagi sesuatu yang pelik bila Pas sibuk menghebohkan kononnya ada gerakan mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib sedangkan sekiranya benar Pas patut membiarkan ia berlaku kerana ia akan menguntungkan pembangkang.
“Memang tak masuk akal… kalau betul dakwaan Pas itu mereka patut diam dan biarkan ia berlaku kerana ia bakal menguntungkan Pas dan pembangkang tapi pelik Pas pula sibuk mencanangnya… ini membuktikan dakwaan itu hanyalah mainan politik kotor mereka”, ujarnya.
Hakikat sebenar kata beliau lagi pembangkang cukup gusar dengan pelbagai strategi serta tindakan yang dilakukan kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib.
“Apa sebab mereka gusar?… sebabnya sebagai contoh masalah utama rakyat kenaikan harga barang, kos sara hidup akibat daripada fenomena global tetapi itu telah diajdikan satu daripada bidang keberhasilan utama negara ataupun NKRA, yang ketujuh selepas membasmi rasuah, basmi jenayah, tingkatkan pendidikan, tingkatkan taraf hidup, baiki prasarana luar bandar dan tingkat pengangkutan awam di bandar dan yang ketujuh menurunkan kos sara hidup.
“Jadi mereka habis modal bila sudah habis modal maka terpaksalah mereka cipta dan reka isu-isu yang mereka harapkan boleh memecahbelahkan perpaduan dan melemahkan semangat di kalangan ahli-ahli UMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana