PAS kena sedar kejayaan Anwar dalam Pakatan Rakyat....Jangan Angkat Bakul Sendiri Lah
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyanggah dakwaan PAS bahawa ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya dihukum penjara akan lebih memperkukuhkan gabungan itu. Menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebagai satu pandangan peribadinya, Shamsul yakin kewujudan Ketua Umum PKR selama ini sebenarnya membawa impak yang besar kepada PR. "Saya yakin bahawa sekiranya Anwar berada di luar (tidak dipenjarakan), sudah tentu beliau akan memainkan peranan yang jauh lebih signifikan. Dan cara kepimpinannya sudah terbukti semenjak Pilihan Raya Umum ke-12, apabila PR ditubuhkan secara rasmi, dimana dengan kepimpinan Anwar dan dorongan kefahaman dari DAP dan PAS menyebabkan PR berjaya. "Kita yakin Anwar tidak bersalah dalam Kes Liwat II ini atas pelbagai alasan, seperti kualiti bukti, soal cukup atau tidak bukti yang diberikan dan kaitan bukti itu dengan tertuduh. Sedangkan selama ini hujah pasukan pegu...