Posts
Anwar 'macam tak syok' di konvensyen pakatan...Tanda tanda KEjatuhannya
- Get link
- X
- Other Apps
Apa dah jadi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Beliau kelihatan letih dan lesu saja ketika sampaikan amanat di Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada Isnin.Ucapannya juga tidak bertenaga berdegar-degar macam selaluMungkinkah ianya ada kaitan dengan cakap-cakap yang kebelakangan ini berlegar hangat mengatakan namanya kini sudah tergelincir sebagai bakal Perdana Menteri jika pembangkang menang pada PRU 13?Sosek yang paling popular ialah semakin ramai dikalangan ahli PAS di pelbagai peringkat yang mempersoalkan intregriti beliau kerana pelbagai isu yang melibatkan dirinya khususnya keraguan soal moral. Isu video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan dirinya masih lagi menjadi bualan dikalangan ahli PAS sekalipun Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sudah buat ' fatwa' video itu besi tidak boleh jadi bukti.Timbalan presiden PKR Azmin Ali dalam ucapan di majlis itu bukan main punya puji bosnya itu dengan menyatakan Ketua Pembangkang itu layak mengetuai pakatan....
Anwar Sudah Tidak Relevan Lagi...Dr Hassan Ali Hentam Kaw Kaw
- Get link
- X
- Other Apps
KENYATAAN DATO DR HASAN MOHAMED ALI BERHUBUNG ISU CALON PERDANA MENTERI PAKATAN RAKYAT... Isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat ditakdirkan menawan Putrajaya terus dibincang. Nada perbincangan kelihatan semakin hangat dan goyah. Rakyat yang tidak menyokong Pakatan Rakyat pun turut memberi perhatian kepada isu yang masih belum ada penyelesaian yang melibatkan jawatan nombor satu itu. Rata-ratanya rakyat samada penyokong Pakatan atau penyokong BN ataupun mereka yang berada di atas pagar dilihat memberi perhatian istimewa kepada isu ini kerana yang terlibat ialah manusia yang namanya Anwar Ibrahim. Sebut sahaja Anwar Ibrahim berbagai imej akan terpancar dan hampir semuanya menjurus kepada negatif untuk dirinya, negatif untuk Pakatan dan malapetaka untuk Negara. Tiada siapa yang memiliki akal yang siuman dapat menerima seorang Perdana Menteri dengan imej yang berpecah-pecah dan sehingga kini dari dirinya sendiri, dari partinya dan daripada Pakatan sendiri...
Oh My God...Tok Guru
- Get link
- X
- Other Apps
Kalau kata merapu...mungkin ada yang tidak sedap dengar tetapi terdengar ada kalangan wartawan yang buat liputan berbisik sesama sendiri ...sah merapu.Datuk Nik Aziz Nik Mat sepatutnya memimpin bacaan doa sahaja diakhir Konvensyen Pakatan Rakyat di Pusat Konvensyen Shah Alam tengahari Isnin.Sebelum itu manifesto PRU13 Pakatan Rakyat dilancar.Namun beliau mencelah untuk berucap ringkas sebelum baca doa itu.Pada kesempatan itu Musyridul Am PAS itu antara lain relaks saja mendakwa menjadi matlamat UMNO agar Islam tidak ada tempat diatas dunia.Yang lawaknya beliau cakap begitu di depan pimpinan DAP termasuk Lim Guan Eng yang turut hadir dalam konvensyen itu. Bukankah Guan Eng yang cadangkan dibenar terjemah Kalimah Allah pada Bible versi Bahasa Melayu dan bukankah Karpal Singh yang kata langkah mayat jika PAS nak laksana Negara Islam di Malaysia.Bukankah PAS dan DAP beberapa kali bergasak dan tidak selesai-selesai sampai hari ini bab itu?Nampaknya Tok Guru tidak tengok kiri kanan...n...
Penjawat awam perlu sokong BN dalam PRU 13 - CUEPACS..Inilah Baru Betul Sebagai Presiden...
- Get link
- X
- Other Apps
Jika sebelum ini Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman buat kenyataan kata hati penjawat-penjawat awam 'sudah sejuk', hari ini secara terbuka beliau minta penjawat awam termasuk pesara kerajaan sokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.Kenyataan Presiden CUEPACS itu dilihat sebagai satu perkembangan menarik kerana selama ini pertubuhan tersebut sering bersikap kritikal meluahkan pandangannya terhadap dasar-dasar kerajaan. Perubahan pandangan ini berikutan berbagai penambaikan dan transformasi dalam sektor itu yang dilakukan oleh kerajaan BN.Menurut Omar, kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan banyak penambahbaikan dalam sektor itu dengan memberikan 18 manfaat, antaranya kenaikan gaji, pangkat, gaji minimum dan gaji maksimum."Sudah bagus sekarang kerana skim pencen pun naik sebanyak dua peratus setahun. Pesara kerajaan perlu taat setia kepada k...
Lepas haiwan,kemudian bodoh...kini BRIM sama macam zaman Firaun pula
- Get link
- X
- Other Apps
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) betul-betul bikin pembangkang terutama pemimpin PAS sakit jiwa.Lepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat anggap penerima BR1M macam ‘ayam’ dan ‘itik’ dan Datuk Seri Hadi Awang pula kata ‘bodoh’, pada Isnin Presiden PAS tersebut samakan pula pemberian bantuan RM500 oleh kerajaan itu dengan tindakan Firaun di Mesir. Menurutnya, Firaun memberikan kekayaan untuk menyesatkan pemikiran rakyat dan cuba "membodohkan rakyat" itu. "Cerita BR1M ini bukan cerita baru. Al-Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah (agih) BR1M," katanya ketika menyampaikan amanat sempena Konvensyen Pakatan Rakyat, di Pusat Konvensyen Shah Alam.Tambahnya, "Firaun telah mengarahkan rakyat Mesir, dikumpul beramai-ramai, dan Firaun berucap. Tidakkah aku menjadi pemerintah berkuasa di Mesir ini?"Sungai-sungai yang mengalir di kampung-kampung, ini adalah projek aku. Di bawah penguasaan aku."Aku (Firaun) yang bagi. Satu la...
BN Akan Letak Tee Keat Sebagai Calon Pandan
- Get link
- X
- Other Apps
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan menamakan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon secara langsung bagi kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya 2013 setelah keputusan tersebut dibuat oleh Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam mesyuarat "bilik perang pilihan raya" semalam. Keputusan tersebut kemudiaannya disampaikan kepada pemimpin parti komponen BN yang mana mereka diberitahu pencalonan Ong akan memastikan kerusi yang disandang oleh beliau tersebut sebagai "boleh menang" kepada gabungan tersebut."Telah diputuskan supaya untuk segala perbezaan individu diketepikan dan melihat kepada populariti seseorang dikawasan tersebut," kata sumber yang mengetahui tentang mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider. Difahamkan BN berpendapat pencalonan Ong akan membantu gabungan kerajaan untuk meraih semula sokongan pengundi Cina kepada mereka yang dilihat semakin rendah ketika ini."Sokongan Ong dikalangan masyarakat C...