Kita Tunggu Dan Lihat Sajalah....Akhbar Cina jangka Budiman menang selesa...

Jangan percaya 100 peratus... tapi akhbar Cina berpengaruh China Press dalam satu analisa mendakwa calon Barisan Nasional (BN) Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi terus mendahului khususnya melalui sokongan daripada pengundi Melayu dan mendapat kelebihan dari pengundi Cina dalam pilihanraya kecil yang diadakan Sabtu.

Menurut akhbar tersebut, Budiman enjoy (menikmati) sokongan padu daripada kawasan yang mana beliau merupakan ADUN iaitu Sungai Panjang dan mempunyai 83 peratus pengundi Melayu yang bakal memenangkan Budiman.

Selain sokongan padu pengundi Melayu, peningkatan sokongan kepada BN daripada kawasan-kawasan majoriti Cina juga dijangka. Sesuatu yang akan mengejutkan parti-parti pembangkang khusunya DAP.

Menurut China Press, selain Sungai Panjang, UMNO turut memberi tumpuan di kampung-kampung nelayan, kawasan Pekan Sungai Besar dan kawasan sekitar Sekinchan.

Laporan itu mengatakan Budiman secara keseluruhannya terus mendahului calon lain dan BN dianggarkan mampu memperoleh 50 hingga 60 peratus undi.

"Tambahan pula dengan penyelesaian isu kerakyatan dan isu nelayan yang memberi 'markah tambahan', undi BN berpeluang ditingkatkan ke 60 hingga 70 peratus.

"BN dijangka dapat memperoleh lebih separuh undi Melayu, tumpuan justeru diberikan kepada kawasan Cina," tulisnya.

Katanya lagi, BN menekankan isu pembangunan dan prestasi kerajaan ketika berkempen dalam kalangan orang Melayu dan India.

Menurutnya, dalam kalangan masyarakat Cina pula, imej Budiman yang mesra rakyat ditekankan untuk merai undi.

"Budiman merupakan ADUN Sungai Panjang dan sudah ada penyokong sendiri di situ. Fokus pada masa ini ialah Sekinchan," katanya.

Menurut sumber, perpecahan pembangkang menyebabkan PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) sukar mendapat tambahan sokongan.

"Pakatan hanya membangkitkan sedikit isu dalam pilihan raya kecil ini. Kebanyakan isu membabitkan pemimpin negara, ia gagal mendapat respon daripada pengundi tempatan," katanya.

Jelasnya, melalui sokongan DAP dan PKR, Pakatan Harapan bagaimanapun berpeluang mendapat sokongan 80 peratus pengundi Cina, 20 hingga 30 peratus undi Melayu dan sedikit undi India.

"Walau bagaimanapun, keadaan semasa menunjukkan sokongan adalah berpihak kepada BN.

"Pakatan Harapan berusaha berkempen untuk merapatkan jurang undi majoriti kepada di bawah 1,000 undi," katanya.

Sementara itu, bagi Budiman sendiri beliau mahu setiap anggota Barisan Nasional (BN) yang berdaftar di Parlimen Sungai Besar perlu mengundi awal esok (sabtu) bagi membantu meningkatkan peratusan yang keluar mengundi.

Jelasnya mereka perlu memastikan anggota keluarga dan saudara-mara masing-masing turut menunaikan tanggungjawab itu.

"Faktor ketiga yang boleh membantu meningkatkan peratusan keluar mengundi ialah pengundi yang menetap di luar kawasan.

"Di pihak jentera parti mereka ada mekanisme untuk tarik golongan ini balik mengundi pada Sabtu ini," katanya.

Budiman berkata dua perkara boleh membawa kepada peratusan keluar mengundi rendah iaitu motivasi pengundi luar kawasan yang 'berat' untuk balik mengundi memandangkan tempoh PRU akan datang tidak sampai dua tahun serta penilaian bahawa kedudukan kerajaan tidak akan berubah sama ada BN menang atau kalah.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Budiman, calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan calon Parti Amanah Negara Azhar Abdul Shukur.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia