PAS Selangor beri tempoh 24 jam untuk 2 ADUN ubah pendirian

KUALA LUMPUR: PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menarik balik sokongan kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor atau berhadapan dengan tindakan.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata tindakan itu termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan mereka sewaktu menjadi calon.

 Tindakan dua ADUN PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak.

"PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk mereka menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuansi tindakan," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Kenyataan itu sebagai rekasi kepada tindakan ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mohd Khairuddin berkata, perbuatan kedua-dua ADUN PAS itu amat serius kerana ia tidak menurut tatacara dan arahan yang telah ditetapkan parti berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.
"Arahan daripada Pesuruhjaya adalah tumpu kepada pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang diarahkan oleh parti," katanya.

Beliau menegaskan akepada mereka berdua bahawa PAS mempunyai organisasi negeri, kepemimpinan pusat dan majlis syura ulama yang harus dipatuhi.

"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan. Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17hb ini?

"Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17hb ini. Sebab itu sabar," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana