TUN M BOLEH KAWAL NEGARA TETAPI GAGAL KAWAL ANAK PEREMPUANNYA......

Anak perempuan Mantan Perdana Menteri Dr.Mahathir Mohamad , Datin Paduka Marina Mahathir menyampaikan bunga sebagai tanda sokongan dan perpaduan kepada Paderi Michael Chua dan masyarakat Kristian atas pendiriannya meneruskan penggunaan kalimah Allah di Gereja Our Lady Of Lourdes di Klang sementara sebahagian besar umat Islam membantahnya.

Sebelumnya Tun Mahahtir sendiri telah berkata agama kristian tidak akan terjejas tanpa penggunaan perkataan Allah. Suatu pandangan logik yang mudah diterima akal.

Sebaliknya tindakan Marina itu menunjukan dia lebih mengutamakan perasaan penganut Kristian tanpa mengambil kira perasaan orang Islam yang merasakan tindakan Michael Chua itu disenghajakan sebagai suatu provokasi yang bertentangan dengan keputusan Mahkamah, Perlembagaan dan Titah Di Raja.

Reaksi sepontan orang ramai apabila membaca tindakan Marina itu ialah " Anak Mahathir ! "

Bagaimnapun kita harus ingat Ibu bapa tidak akan dapat mengawal semua anaknya. Jika bapa seorang nasionalis maka belum tentu anaknya juga akan menjiwai bapanya. Jika nafsu bapanya hanya pada perempuan tetapi belum tentu anaknya tidak suka lelaki "jambu".

Umpamanya anak Nasionalis Melayu tersuhur dan Pejuang Bahasa dan Budaya Melayu terulung,Syed Nasir Ismail, Tan Sri Syed Yusuf Syed Nasir adalah pengembang Hard Rock Cafe di Malaysia.Terakhir rancangannya untuk membuka Hard Rock Cafe di Putrajaya telah menerima bantahan dari umat Islam.

Timbalan Presiden Kelab Chedet, Syed Hassan Ali berkata pembukaan cafe itu bertentangan dengan hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahtir Mohamad yang ingin menjadikan Putrajaya sebagai kota pentadbiran negara Islam atau Kota Firdaus.

Bagaimanapun tentunya tidak bertentangan dengan hasrat Wakil Parlimen Putrajaya ,Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu menghidopkan Putrajaya di waktu malam dengan hiburan dan sebagainya atau menjadinya Kota Firdaus Duniawi.Tengku Nan tidak senang dengan Putrajaya yang sepi tanpa aksi di waktu malam.

Nasib baik Hard Rock Cafe tidak wujud di Putrajaya sebelum pilihanraya umum ke 13. Jika ada, Husamlah yang mewakili Putrajaya sekarang dan Tunku Nan sepi sendiri

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL