Isu Serbuan JAIS - Pendirian KJ Adalah - Itu Masalah Kerajaan Selangor !


dalam perkara serbuan ini, ini adalah soal undang2 Enakmen Agama Islam Negeri Selangor  sendiri..... yang melarang penggunaan beberapa perkataan untuk orang bukan Islam .... dan atas Akta itulah serbuan ini dibuat.

...sekiranya ada apa2 masalah atau kritikan mengenai tindakan yang dibuat oleh JAIS, itu harus dituju kepada kerajaan Negeri Selangor. Sebab kerajaan Persekutuan tidak ada locus standi untuk buat apa-apa pendirian mengenai perkara ini.

Kita pegang kepada keputusan Mahkamah dalam kes Herald dimana kerajaan Persekutuan, kita telah buat ketetapan ...dan ini juga pendirian saya, bahawa kita bantah penggunaan kalimah Allah oleh Herald yang diterbitkan oleh Katolik Church.

Dan kabinet ..kita pegang kepada 10 Perkara Penyelesaian yang dipersetujui oleh jemaah Menteri pada bulan April 2011 dimana kita membenarkan bible2 yang ada kalimah Allah tersebut digunakan di Sabah Sarawak dan sebagainya, tetapi tertakluk kepada beberapa syarat2 ...contohnya di Semenanjung mesti ada chop bahawa bible itu untuk digunakan oleh penganut agama Kristian sahaja dan sebagainya.

Bagi saya, dalam kes yang terkini iaitu serbuan JAIS - it's a State matter... adalah perkara yang hanya dapat diselesaikan diperingkat Negeri. Dan oleh kerana melibatkan titah Tuanku dan satu Enakmen Negeri - perlu diselesaikan di peringkat Negeri bukan kerajaan Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL