Posts

Showing posts from April, 2016

Jenis Tak Reti Bahasa.....WSJ, Sarawak Reports tak hormati Malaysia

Image
Setiausaha akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad hari ini menyelar Wall Street Journal dan Sarawak Reports kerana berbohong dalam laporan mereka mengenai pelantikan Gabenor baharu Bank Negara Malaysia (BNM). Beliau berkata adalah sesuatu yang mengaibkan apabila nama baik Yang di-Pertuan Agong turut diseret media asing tertentu untuk menyerang Malaysia. "Laporan bohong mengenai peristiwa penting negara oleh Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Reports (SR) itu menunjukkan mereka tidak menghormati negara ini, kedaulatan kita atau Raja kita," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Tengku Sariffuddin berkata selama sebulan, kedua-dua penerbitan itu secara jahat melaporkan bahawa Najib melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, yang kononya 'sekutu beliau yang mempunyai kaitan dengan 1MDB' untuk menjadi Gabenor baharu Bank Negara Malaysia walaupun pada hakikatnya, tiada keputusan dibuat mengenainya ketika itu. Menurutnhya kedu

Lelaki ceroboh kuil di Ipoh, pesakit mental sejak 2013

Image
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan lelaki yang memecahkan patung di sebuah kuil di Ipoh, Perak pada Ahad lepas adalah seorang pesakit mental. Beliau berkata lelaki berusia 29 tahun itu telah menerima rawatan berkaitan penyakit mentalnya sejak 2013 di sebuah hospital swasta di bandar raya itu. Pihak polis telah mendapatkan pengesahan daripada pihak hospital swasta tersebut serta tiga orang doktor hospital itu yang mengesahkan suspek adalah seorang pesakit mental, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Pahlawan Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, di Batu Kawah, dekat sini hari ini. Berhubung kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr S. Jeyaindran yang berkata lelaki itu tidak mempunyai rekod sebagai pesakit mental, Khalid berkata berkemungkinan Dr Jeyaindran hanya merujuk kepada rekod di hospital kerajaan dan tidak membuat semakan dengan hospital swasta. &quo

ADUN Seberang Jaya Diarah Bayar RM28,000 Kepada Empat Wakil Rakyat BN

Image
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat mmerintahkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin membayar ganti rugi berjumlah RM280,000 kepada empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kerana memfitnah mereka berhubung penjualan tanah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth. Pesuruhjaya Kehakiman Lim Chong Fong memerintahkan Dr Afif daripada PKR membayar RM70,000 masing-masing kepada Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya, ADUN Telok Ayer Tawar Datuk Jahara Hamid, ADUN Permatang Berangan Omar Abd Hamid dan ADUN Sungai Dua Muhamad Yusoff Mohd Noor. Beliau juga mengarahkan Dr Afif selaku defendan membayar kos RM10,000 kepada keempat-empat plaintif itu berserta faedah lima peratus. Ketika membenarkan saman fitnah difailkan oleh empat wakil rakyat BN itu, Lim berkata mahkamah mendapati perkataan yang diucapkan oleh Dr Afif pada Himpunan Reformasi 2.0 bertarikh  17 April 2014 adalah fitnah terhadap kesemua plaintif. "Mah

Gambar Mira Filzah Diedit Seperti Lucah Untuk Jatuhkan Maruah

Image
PETALING JAYA: Pelakon Mira Filzah tidak melihat popularitinya punca utama dia menjadi sasaran apabila tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mengedit gambarnya menjadi bahan lucah baru-baru ini. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 23, sebaliknya berkata, ia berkemungkinan kerana niat tidak baik pihak tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita bertudung. "Saya tidak rasa populariti saya sebagai pelakon ada kena mengena dengan perbuatan ini tetapi ia lebih kepada niat tidak baik pihak berkenaan yang saya sendiri tidak tahu siapa atau apa tujuannya. "Bagaimanapun saya lega kerana peminat dan masyarakat tidak terpedaya dengan gambar tersebut kerana jelas ia telah di edit," katanya kepada mStar Online. Terdahulu, gambar Mira yang memegang objek replika kemaluan lelaki tersebar meluas di media sosial sehingga memaksa pelakon itu tampil membuat penjelasan di Instagram. Dalam pada itu, Mira berkata, gambar be

Tiba Masa WSJ, SR Dipanggil Selepas Kempen Bersifat Dendam Terhadap Malaysia

Image
KUALA LUMPUR: Setiausaha akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad pada Jumaat menyelar Wall Street Journal dan Sarawak Reports kerana berbohong dalam laporan mereka mengenai pelantikan Gabenor baharu Bank Negara Malaysia (BNM). Beliau berkata adalah sesuatu yang mengaibkan apabila nama baik Yang di-Pertuan Agong turut diseret media asing tertentu untuk menyerang Malaysia. "Laporan bohong mengenai peristiwa penting negara oleh Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Reports (SR) itu menunjukkan mereka tidak menghormati negara ini, kedaulatan kita atau Raja kita," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat. Tengku Sariffuddin berkata selama sebulan, kedua-dua penerbitan itu secara jahat melaporkan bahawa Najib melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, yang kononya 'sekutu beliau yang mempunyai kaitan dengan 1MDB' untuk menjadi Gabenor baharu Bank Negara Malaysia walaupun pada hakikatnya, tiada keputusan dibuat mengenainya ketika itu.

Guan Eng Tetap Mahu Debat Diteruskan...inilah spesis tak reti bahasa

Image
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mahukan debat dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan diteruskan. Lim berkata melalui debat itu, beliau akan menjawab semua isu berbangkit berhubung penjualan tanah Taman Manggis dan pembelian banglonya di Jalan Pinhorn di sini yang dikatakan di bawah harga pasaran. "Dalam perbahasan kita boleh cerita semua," katanya kepada pemberita selepas melawat Tech Dome Penang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini Jumaat. Debat isu tanah Taman Manggis antara Guan Eng dan Abdul Rahman Dahlan yang sepatutnya disiar secara langsung di TV3 pada 19 April lalu, ditunda selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkan agar ia ditangguh kerana dikatakan boleh mengganggu siasatan kes itu. Guan Eng turut ditanya mengenai surat yang dikatakan daripada sebuah syarikat bertarikh 15 November 2013 kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (P

'Saya tak ada masalah orang tak sokong'

Image
KOTA TINGGI - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman menyifatkan tindakan Umno cawangan dalam bahagian tersebut yang membawa usul menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti bukan satu isu baharu. Beliau yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, demokrasi yang diamalkan dalam negara ini tidak menghalang bantahan tersebut yang mana turut berlaku di bahagian lain. "Setiap bahagian ada bantahan sebab kita amalkan demokrasi. Selalunya ia berlaku kesan dari pemilihan bahagian. Yang tak menang berdendam, yang menang sokong. "Saya tak ada masalah orang tak sokong.. saya tidak akan anak tirikan cawangan. Bagi saya, seorang yang tak sokong ramai lagi di bawah yang menyokong. "Saya ahli parlimen yang profesional, kalau tak sokong sebagai pemimpin Umno boleh cabar saya. Biar ahli parti yang tentukan kesinambungan saya sebagai ketua bahagian, biar ahli parti yang menilai," katanya ketika ditemui selepas menyam

Apa hal Madey...Tak Reti Bahasa Ker...2Mahathir ulangi gesaan Najib letak jawatan

Image
Inikah dikatakan seorang yang bijak pandai mentadbir negara senang senang suruh letak jawatan.Baik tak payah diadakan pemilihan parti dan pemilihan siapa presiden parti.Madey sudah keluar UMNO...apa dimahukan lagi? JITRA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi gesaan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya. Beliau berkata, ia perlu segera dibuat susulan kegagalan Najib menyelesaikan banyak isu berbangkit termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kehilangan wang berbilion ringgit. “Kalau dia (Najib) tak digugurkan sekarang, saya yakin (BN) akan hancur dalam PRU14. Najib akan kalah, BN akan kalah dan Umno akan Kalah. Apa jadi lepas itu, sama-samalah kita lihat. “Tapi kalau kita dapat gugurkan Najib sekarang, mungkin parti yang terbesar dalam Dewan dapat memilih pemimpin baru yang tidak mengulangi apa yang dilakukan Najib,” katanya pada program

Hilang kerja, dihalau selepas peluk Islam

Image
SHAH ALAM - Seorang lelaki berketurunan Sikh kelahiran India, Harinder Pal Singh mengakui hilang pekerjaan serta dihalau dari rumah sewa selepas memeluk Islam ketika sesi ceramah Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalik 14 April lalu. Harinder berkata, dia kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak diperbaharui dan turut dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam. "Saya perlukan pekerjaan," katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah. Katanya lagi, dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya. Sementara itu, memetik My News Hub penyanyi Noh Hujan yang kini berada di Timur Tengah bersama isterinya Mizz Nina bersedia membantu Harinder dengan menawarkan pekerjaan di restoran miliknya.

Video Pukul Pati: Pegawai Imigresen Ditukar Serta-Merta

Image
PUTRAJAYA: Pegawai Imigresen wanita yang didakwa melakukan kekerasan terhadap tahanan warga asing telah ditukarkan serta-merta dari Unit Penguatkuasa ke Unit Pentadbiran, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Sakib Kusmi berkata penukaran pegawai itu, adalah sementara menunggu hasil siasatan penuh kes tersebut. Beliau berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci berhubung video pegawai wanita itu yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini. "Jika hasil siasatan mendapati pegawai tersebut terbukti bersalah melanggar peraturan sebagai penjawat awam, jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan  and  Tatatertib) Pindaan 2002," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat. Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu didedahkan MyWatch baru-baru ini dan memaparkan wanita itu bertindak kasar ke atas seorang lelaki yang ditahan dipercay

sama-sama kita nantikan kesudahan drama PAKATAN HARAPAN yang bakal berkubur.

Image
krisis kepimpinan PAKATAN HARAPAN sampai ke kemuncak apabila KETUA PEMBANGKANG enggan untuk turut bersama dalam proses kempen PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK yang sedang rancak berlangsung. ini disebabkan krisis perebutan kerusi diantara DAP & PKR yang masih lagi tidak berkesudahan dimana mereka bertembung di 6 kerusi DUN. mengeruhkan lagi keadaaan apabila DAP memberi kata dua kepada kepimpinan PKR agar singkirkan AZMIN ALI yang kononnya menjadi punca perbalahan kepada masalah ini. bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya keadaan ini berterusan pada PILIHANRAYA UMUM akan datang.. baru mentadbir beberapa kerusi, permasalahan dalaman gagal diselesaikan secara bersama.

RANCANGAN SULIT DAP JATUHKAN AZMIN & PKR DIDEDAHKAN !!

Image
Berita ini memang mengemparkan dan melihatkan keretakan yang semakin teruk di dalam Pakatan Harapan yang tiada harapan lagi ini. Sekarang timbul berita yang viral di dalam media sosial bahawa kepimpinan DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar tidak berapa lama lagi. Tujuannya ialah untuk menolak kepimpinan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Boleh Terlepas Plak Mamat Ini.....Adun Seri Delima Lepas, Bebas Tuduhan Menghasut

Image
GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut dalam ceramahnya di Jalan Delima, Island Glades Jelutong, di sini, dua tahun lepas. Hakim Roslan Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, di akhir kes pendakwaan. Roslan dalam penghakimannya berkata perkataan yang digunakan oleh tertuduh  tidak membuktikan kecenderungan untuk menghasut. "Umno bukanlah satu kaum, tetapi merupakan sebuah parti politik, dengan ini mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie dalam kes di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948," katanya. Hakim itu turut melepaskan dan membebaskan Rayer yang juga seorang peguam daripada pertuduhan pilihan yang dihadapinya di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana pihak pendakwaan turut gagal membuktikan elemen m

DAP Hanya Bermimpi Disiang Hari Untuk Menggenggam Sarawak

Image
Sejak kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak membuka tirainya sejak Isnin lalu, pelbagai ragam kempen dapat dilihat oleh semua parti politik yang bertanding. Antara yang beggitu agresif melakukan kempen pada kali ini adalah Barisan nasional selaku parti pemerintah, DAP, PKR, PAN dan PAS selaku parti pembangkang. Dalam beberapa kempen dipihak pembangkang, DAP dilihat paling agresif dengan cuba menyebarkan dakyah mereka. Mereka menyebarkan dakyah kononnya, andai mereka berjaya mentadbir Sarawak pada pilihan raya kali ini, mereka akan melakukan semua perkara yang jika difikirkan secara logiknya, tidak akan mungkin dapat dicapai. Malah dalam beberapa kempen, mereka tetap menyebarkan dakyah kononnya kerajaan akan terus menekan rakyat dengan menaikkan kadar GST dari 6 ke 10 peratus. Malah, kesemua calon mereka juga tanpa memperdulikan fakta sebenar, terus menerus memainkan isu nasional yang hampir kesemuanya sudah diselesaikan seperti isu 1MDB, isu derma RM 2.6 bilion dan banyak lagi. Na

Dengki Golongan Ini....Kena marah kerana kerap bantu Melayu...Syabasss

Image
TEMERLOH - Dilahirkan di Kuantan dan dibesarkan di Mentakab dengan persekitaran yang mempunyai pelbagai latar belakang masyarakat membuatkan dia jatuh cinta pada perpaduan dan keamanan. Suka melihat perpaduan masyarakat dahulu apabila orang Melayu boleh hidup berjiran dengan masyarakat Cina dan India di kampung dan ada di kalangan mereka yang boleh bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan antara satu sama lain. Sifat cintakan perpaduan dan keamanan itu masih kuat tertanam dalam dirinya dan sentiasa menganggap manusia adalah sama, warna darah sama tidak ada bezanya antara kaum kerana semuanya sama. Chong Choon Hau, 30, seorang pemuda yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kelibatnya boleh dilihat dalam hampir semua majlis sama ada anjuran kaum Cina, Melayu atau India. Dia mempunyai beberapa pasang baju Melayu dan pakaian tradisional India untuk memudahkan dia menyertai mana-mana majlis anjuran kedua-dua kaum itu. “Kalau Ramadan, saya ikut kawan Islam pergi program ke

Penipuan demi penipuan WSJ didedahkan... Istana Negara pula bersuara

Image
Akhbar kapitalis Wall Street Journal (WSJ) sudah cukup banyak menulis cerita bohong mengenai Malaysia terutamanya berkaitan kes 1MDB. Entah apa agendanya, akhbar tersebut tidak sudah-sudah mereka cerita walaupun didedahkan berkali-kali pembohongannya. Untuk rekod, WSJ merupakan akhbar yang melakukan pembohongan besar-besaran bagi menghalalkan serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq termasuk mereka bukti palsu berkaitan senjata pemusnah yang kononnya dimiliki oleh Saddam Hussein. Di Malaysia, ingat kes duit RM2.6 bilion, kalau kita percaya pada WSJ, kita akan ingat duit itu duit 1MDB, sehinggalah Menteri Luar Arab Saudi mengesahkan wang itu sumbangan negara tersebut. Banyak lagi pembohongan WSJ termasuk yang terbaru berkaitan perlantikan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). Pada 21 April WSJ dakwa kerajaan dan pilih Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah jadi Gabenor. Selepas ramalam jauh menyimpang, WSJ kata kerajaan buat 'pusingan U'.

Trump umum dasar ‘Amerika didahulukan’

Image
Pendahulu calon Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk Parti Republikan, Donald Trump kelmarin mengumumkan polisi luar negara dengan ‘Amerika didahulukan’ sekali gus memaksa sekutu-sekutunya ‘membayar bahagian mereka’. Dalam satu ucapan pen­ting mengenai polisi luar negara yang langsung tidak memberi sebarang perincian, Trump memberi amaran bahawa AS tidak akan lagi membantu negara-negara yang berhadapan dengan ancaman, manakala Eropah dan Asia mungkin terpaksa mempertahan sendiri wilayah mereka kelak. Dia turut berikrar untuk melupuskan perjanjian dagangan, mengubah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk menentang migrasi dan Islam ‘radikal’ serta mengutamakan kepentingan nasional AS mengatasi lain-lain pertimbangan. “AS didahulukan akan menjadi tema utama dan perubahan untuk pentadbiran saya. Polisi luar negara sekarang ini sangat teruk, kita membina semula negara-negara lain sambil melemahkan negara sendiri. “Negara-negara yang kita sedang lindungi perlu membayar k

Polis Perak tahan lelaki hina Islam di Facebook

Image
Polis menahan seorang lelaki yang mengeluarkan komen menghina Islam menerusi akaun Facebooknya di Kamunting, Taiping kira-kira 90 kilometer dari sini hari ini. Suspek, Abdul Rahman Abdullah, 38, dari Kampung Station, Kuala Kangsar ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira 10 pagi tadi. Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata polis turut merampas tiga telefon bimbit dan satu bag 'pouch' biru daripada suspek. "Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan di sini malam ini. Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya suspek yang menggunakan nama 'Gunalan Muniandy' dikesan dan ditangkap dengan segera kerana mengeluarkan kenyataan yang biadap.

Calon PKR Sarawak bertanding guna watikah palsu...?

Image
Sudah masuk hari ketiga berkempen... PKR nampaknya tak boleh 'move on' lagi dengan kisah pertindihan kerusi dan cerita-cerita di belakang tabir mengenai pertembungan kuasa dalam parti itu. Ini selepas seorang bekas pemimpin PKR mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tampil menjelaskan bagaimana calon PKR dibenar bertanding tanpa watikah tandatangan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Badrul Hisham Shahrin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata Wan Azizah hanya menghantar pesanan melalui 'whatsapps' kepada Timbalan Presiden parti Datuk Seri Azmin Ali kuasa berunding mengenai calon dan kerusi bertindih sahaja "Kerana ia jelas menyalahi perlembangaan parti apabila watikah itu dikeluarkan selain dari Presiden atau Setiausaha agong juga bagaimana SPR boleh menerima watikah parti tanpa tandatangan Presiden, ini hampir mustahil," katanya. "Adakah wujud surat dengan tandatangan palsu Wan Azizah ? Pengerusi SPR harus tampil m

Yang Di-Pertuan Agong Berkenan Hanya Satu Nama Untuk Gabenor Bank Negara - Istana Negara

Image
KUALA LUMPUR: Istana Negara pada Khamis berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan hanya satu nama bagi jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). "Dimaklumkan, tidak ada nama lain selain daripada penama tersebut telah diangkat untuk diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda. "Bagi maksud yang dinyatakan, Seri Paduka Baginda telah berkenan menandatangani pelantikan tersebut pada Selasa, 26 April 2016," kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wira Awang Kecik Abdul Rahman dalam kenyataan di sini, Khamis. Sehubungan itu, katanya, dakwaan yang menyatakan berlakunya 'pusingan U'  dalam urusan pelantikan jawatan itu adalah tidak benar sama sekali. Kenyataan dari Istana Negara menyangkal laporan media asing mengenai berlakunya 'pusingan U' dalam pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor baru BNM bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, 68, yang akan bersara pada Sabtu ini. Pada Rabu

Polis Tahan Lelaki Hina Islam Di Facebook

Image
IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang mengeluarkan komen menghina Islam menerusi akaun Facebooknya di Kamunting, Taiping kira-kira 90 kilometer dari sini, Khamis. Suspek, Abdul Rahman Abdullah, 38, dari Kampung Station, Kuala Kangsar ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira 10 pagi. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata, polis turut merampas tiga telefon bimbit dan satu bag 'pouch' biru daripada suspek. "Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis malam. Pada Selasa lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya suspek yang menggunakan nama 'Gunalan Muniandy' dikesan dan ditangkap dengan segera kerana mengeluarkan kenyataan yang biadap. - Bernama

Pendakwah Bebas Ker Macam Ini?Ustaz Azhar Idrus Gelar Najib Setan Menzalimi Rakyat....Sebarkan

Image

MAZA Padam Posting Selepas Teruk Dihentam Netizen!!!

Image
 Astaghfirullah al azim.... Fitnah di kota suci? Mufti oh Mufti..... Mufti Perlis, Dr. Maza dikecam hebat hari ini apabila kenyataan beliau yang berbaur fitnah terhadap sebuah Institusi Agama mendapat kritikan hebat nitizen. Rata-rata pengguna Facebook menyatakan kekesalan apabila Dr Maza menggunakan kedudukan beliau sebagai seorang Mufti untuk mengeluarkan kenyataan berat sebelah tanpa merujuk pihak yang terlibat terlebih dahulu.

Tentera bom kedudukan Abu Sayyaf

Image
Manila: Tentera Filipina memulakan serangan besar-besaran menggunakan pesawat dan bedilan artileri terhadap kedudukan Abu Sayyaf yang menahan lebih 20 tebusan rakyat asing di selatan negara itu hari ini. Jurucakap tentera di Manila, Kolonel Noel Detoyato, berkata bedilan artileri mensasarkan kawasan pergunungan di Pulau Jolo dengan jet serta helikopter terbang rendah menggugurkan bom. "Kami kini menguasai kawasan yang sebelum ini diduduki Abu Sayyaf,” katanya. Menurutnya, penduduk melaporkan 14 lelaki bersenjata terbunuh namun ia tidak dapat disahkan kerana tiada mayat ditemui. Beliau berkata, serangan itu yang mensasarkan kumpulan diketuai Radullan Sahiron, terbukti berjaya. Kelmarin, Presiden Filipina berikrar akan menggunakan semua kekuatan yang ada untuk menghapuskan Abu Sayyaf walaupun jika terpaksa ada yang terbunuh.

TINDAKAN_SEKIRANYA_ANDA_DIGIGIT_ULAR

Image
Di musim panas El Nino ini, kes2 gigitan ular semakin bertambah. Ular juga tak tahan panas dan masuk ke kawasan aktiviti manusia utk mencari perlindungan. So, mohon sahabat2 semua berhati2. Jika anda dipatuk ular, ambil 3 tindakan asas ini: 1. Bertenang. 2. Kurangkan pergerakan kawasan yg digigit ular. Pasang anduh jika perlu. 3. Segera pergi ke Jabatan Kecemasan Hospital KERAJAAN yang terdekat. Saya tekankan hospital kerajaan kerana antivenom (sekiranya anda perlukan) tidak terdapat di hospital swasta. Mereka akan merujuk anda kepada hospital kerajaan juga nanti dan ini sudah pasti membuang masa. Namun nasihat ini adalah hanya daripada seorang pakar perubatan moden yg dikatakan hamba yahudi, Zionis, NWO, Illuminati, Freemason, Rockerfella, CIA bla bla bla....😊 Adapun Abu Hannah dan geng2 #pro_disease yang lain, tak perlu mai spital. Cukup sekadar melumurkan anggota yg digigit ular berbisa itu dengan madu, susu ibu atau air yassin. Pasti mujarab untuk anda.

Kenyataan Kit Siang Petanda Bendera Putih DAP Di Sarawak

Image
Sudah dua kali pemimpin utama DAP Lim Kit Siang memberi jaminan kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bahawa beliau akan terus menerajui negeri itu selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11 diumumkan pada 7 Mei nanti. Memang tidak ada peliknya kenyataan Penasihat DAP itu kerana di atas kertas, Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan kekal memerintah Sarawak sekurang-kurangnya dengan memenangi 67 daripada 82 kerusi dipertandingkan. Sebab itu kata Kit Siang, tujuan utama mereka adalah untuk menafikan BN menang majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Bagi tujuan untuk pembangkang khususnya DAP, PKR dan AMANAH perlu memenangi paling kurang 28 kerusi. Ini tidak mengambil kira 11 kerusi yang ditandingi PAS kerana jika ada calon parti Islam itu menang, belum ada jaminan mereka bersama bagi melengkapkan bilangan bagi menafikan majoriti dua pertiga BN. Untuk rekod pada PRN Sarawak ke 10, pembangkang hanya menang 15 kerusi, Bebas (1) ma

Portal berita The Wall Street Journal tidak akan berhenti memfitnah selagi Malaysia tidak dijatuhkan.

Image
WSJ sebelum ini menuduh kerajaan akan melantik penasihat 1MDB sebagai Gabenor Bank Negara, sedangkan Timbalan Gabenor yang dilantik. Memalukan!

PENYOKONG TEGAR PEMBANGKANG KEMBALI KE PANGKAL JALAN SOKONG BARISAN NASIONAL

Image

Renungan dan pandangan yang optimis seorang rakan fb........ perlulah kita jadikan iktibar !

Image
Sedarlah jangan sokong PEmbangkang membabi buta saja tanpa berfikir masa depan akan datang....

BErbalah Lah Parti Pembangkang...Biar TErus Berkubur Lagi Baik

Image
Insiden DAP dan PKR di PRN ke-11 Sarawak membuktikan parti itu tidak pernah sehaluan walaupun gambaran ditunjukan pada rakyat merekalah terbaik abad ini. Meruncingnya masalah hubungan mereka apabila masing-masing membawa haluan sendiri setelah tiada kata putus parti mana yang layak bertanding di enam kerusi sehingga berlaku pertembungan sesama sendiri. DAP menawarkan kepada PKR agar menarik diri di lima DUN,Mulu,Murum,Simanggang,Ngenah dan Mambong jika PKR tidak mahu DAP meneruskan pertandingan di Batu Kitang. PKR nampaknya terus bekeras tidak bersetuju mengundurkan calonya disebarang kawasan yang bertembung dengan DAP. Tawar menawar antara tokey besar kedua-dua parti gila kuasa tanah air ini nampaknya tidak menjadi kenyataan. Bagi PKR,keputusan tidak mengundurkan calonnya di tempat lain adalah tepat, berikutan tawaran DAP sebagai gambaran tidak ada kempampuan calonya di Batu Kitang berikutan calon dari PKR Voon Shiak Ni telah dikenali masyarakat disitu sejak 15 tahun berba

Perubahan drastik parti DAP dari Jom Ubah ke Jom Rasuah!

Image

Tindakan melampau pihak yang membuat jualan secara terbuka ni adalah keterlaluan.

Image
Ni la sikap pembangkang yang suka mencari pasal. Secara terang terang motif jualan ni dan mesej yang cuba disampaikan adalah berniat jahat. Jualan ini dipercayai dibuat di sebuah kompleks membeli belah di PJ. Tindakan tegas perlu dikenakan pada pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

MANA Pakatan? MANA Harapan? Buang saja istilah PAKATAN tu...Pilihanraya Sarawak petanda perpecahan Parti Pakatan Harapan.

Image

PAN: Kenapa baru sekarang PAS bersedia untuk PRN Terengganu?PAS Sudah BErubah Bukannya PAN Giler Kuasa

Image
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN) mempersoalkan pendirian PAS yang seolah-olah 'membuat pusingan U' apabila kini menyatakan bersedia untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam menangani kemelut politik di Terengganu.   Pengerusi PAN Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, bagi menyelesaikan kemelut Menteri Besar, PAS sepatutnya bertindak lebih awal iaitu semasa usul undi tidak percaya dahulu yang dibawa oleh Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. "Malangnya ada pihak tertentu menemplak cadangan saya supaya PRN di adakan. Sebenarnya usul undi tidak percaya itu di benarkan mengikut perlembagaan. Hari ini pihak yang sama mencadangkan pilihan raya negeri juga diadakan. "Situasi sekarang adalah diantara Istana dan Menteri Besar dan bukan dari tindakan mana-mana ahli di dalam Dewan Undangan Negeri. Kerusi di Dewan Negeri komposisi  17-15 masih berpihak kepada BN. Apa yang berkemungkinan besar berlaku adalah pertukaran Menteri Besar yang juga masih dar

Berbalah Lah Kau Orang....PKR enggan berundur, selesai pertikaian kerusi dengan DAP selepas 7 Mei

Image
PETALING JAYA: PKR enggan berundur daripada enam kerusi kontroversi di Sarawak dan menegaskan sebarang isu berbangkit yang timbul berhubung pertembungan kerusi dengan DAP itu hanya akan diselesaikan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), 7 Mei depan. Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar berkata PKR akan terus maju ke depan dan berkempen seperti biasa, selepas kedua-dua parti tidak mahu bertolak-ansur di kerusi Batu Kitang, Ngemah, Mulu, Murum, Simanggang dan Mambong. "Saya dah rasa cukup dah banyak komen berkait isu pencalonan. Apa yang penting tertumpu kepada kempen yang sedang berlangsung. "Maka kita akan adakan mesyuarat dan rungkai isu-isu ini selepas 7 Mei. Jadi kalau itulah soalan yang akan ditanya, saya akan menjawab cara yang sama juga kecuali ada soalan-soalan lain. "Saya rasa kenyataan DAP jelas menjurus kepada 'moving on'. Jadi, hari saya tertumpu kepada calon-calon dan gerak kerja di lapangan," kata Izzah dalam sidang media di ibu p

PH Boleh REbah Lah...Pertelingkahan PKR, DAP mungkin berlanjutan hingga PRU14 - Bekas pemimpin DAP

Image
SHAH ALAM: Pertelingkahan di antara DAP dan PKR yang tercetus akibat pertindihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, diramal akan berlanjutan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, berdasarkan sikap masing-masing yang 'tamak kerusi'. Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat berkata, parti yang didominasi 'Dinasti Lim' khususnya, sememangnya mempunyai sikap angkuh dan berasakan mereka kuat berbanding parti pembangkang yang lain. Ujar Tuan Tat, beliau tidak hairan sekiranya DAP berkeras ingin meletakkan calon di kerusi yang sama ekoran merasakan parti mereka lebih layak kerana berjaya memperoleh bilangan kerusi yang banyak berbanding PKR pada PRN yang lalu. "Ini (pertelingkahan) tidak boleh dielakkan lagi, ini satu kenyataan, tak boleh dinafikan. Lihatlah selepas PRU13, lihat bagaimana mereka bergaduh dengan PAS. "Mereka langsung tak ingat, tanpa jentera PAS, anda ingat DAP boleh menangkah di tempat orang Melayu.

Video Anak Muda Tangkap Ular Dengan Selamber Saja

Image

Berita Palsu Pergaduhan Di Kuala Lumpur

Image
KUALA LUMPUR: Polis menafikan khabar angin di laman media sosial yang mendakwa akan tercetusnya pergaduhan dan perbalahan di ibu negara. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata pihaknya akan mengenakan tindakan kepada individu yang menyebarkan maklumat palsu dan menghasut di laman media sosial untuk menakutkan orang ramai. "Sesiapa yang mengedarkan berita palsu dan menghasut orang lain untuk mempercayai khabar angin itu melakukan satu kesalahan menurut undang-undang negara. "Polis sedang memantau laman media sosial dan mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk menangani ancaman ini," katanya dalam kenyataan. Beliau berkata berita palsu itu dipercayai sengaja disebarkan dengan menjadikan isu perkauman sebagai alasan untuk melakukan kekacauan.

Tiga Suspek Pecah Rumah Zaquan Adha Ditahan

Image
KOTA TINGGI: Polis menganggap kes pecah masuk ke atas rumah persinggahan pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim II (JDT II) Mohd Zaquan Adha Abd Razak selesai dengan tertangkapnya tiga suspek di Iskandar Puteri awal pagi Khamis. Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata ketiga-tiga suspek rakyat tempatan yang berumur 23 hingga 39 tahun itu ditahan di rumah persembunyian mereka di Taman Horizon Hills kira-kira 1.45 pagi. Katanya, beberapa barangan termasuk sebuah kereta Hyundai Tucson, Peugeot, beg dan jam tangan pelbagai jenama serta rantai emas yang dipercayai milik pemain bola sepak itu, turut ditemui semula dalam operasi penahanan itu. "Kita turut menemui pelbagai peralatan untuk memecah masuk rumah antaranya kuku kambing, sepana dan pemotong besi. "Kita kini dalam proses untuk menahan reman mereka bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pertandingan Menembak Polis Johor bersama Media di Lapang Sasar Ladang REM d

Pemandu Teksi Biadap, Berlagak Hero Serang Grabcar

Image
DIANGGARKAN hanya 100 orang pemandu sahaja yang hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan mereka membantah permohonan Uber menjadi pencelah dalam kes saman yang difailkan mereka terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini. Pemandu yang hadir berkumpul di tempat letak kereta mahkamah tersebut meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana merasakan bahawa perkhidmatan Uber, Grabcar, dan Blacklane mengganggu periuk nasi mereka. Selepas peguam R Kengadharan keluar dari mahkamah, mereka berarak keluar dari perkarangan mahkamah menuju ke tempat yang disediakan berhampiran dengan Masjid Kuala Lumpur untuk mengadakan sidang media. Dalam perjalanan ke tempat tersebut, segelintir pemandu teksi tidak dapat mengawal kemarahan mereka apabila sebuah teksi yang mempamerkan pelekat kenderaan Grabcar berada di situ secara kebetulan. Mereka mula berkasar dengan membuka pintu teksi tersebut dan secara paksa mengeluarkan pelekat yang ditampal di teksi itu tanpa

Nak buat fitnah pun berpada2lah...

Image
 Nak jatuhkan maruah dan image Sarawak ka ? Ini rumah di atas pokok ada di Papua New Guinea ... Bodoh betul ini DAPig