PAN: Kenapa baru sekarang PAS bersedia untuk PRN Terengganu?PAS Sudah BErubah Bukannya PAN Giler Kuasa
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN) mempersoalkan pendirian PAS yang seolah-olah 'membuat pusingan U' apabila kini menyatakan bersedia untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam menangani kemelut politik di Terengganu.
Pengerusi PAN Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, bagi menyelesaikan kemelut Menteri Besar, PAS sepatutnya bertindak lebih awal iaitu semasa usul undi tidak percaya dahulu yang dibawa oleh Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
"Malangnya ada pihak tertentu menemplak cadangan saya supaya PRN di adakan. Sebenarnya usul undi tidak percaya itu di benarkan mengikut perlembagaan. Hari ini pihak yang sama mencadangkan pilihan raya negeri juga diadakan.
"Situasi sekarang adalah diantara Istana dan Menteri Besar dan bukan dari tindakan mana-mana ahli di dalam Dewan Undangan Negeri. Kerusi di Dewan Negeri komposisi 17-15 masih berpihak kepada BN. Apa yang berkemungkinan besar berlaku adalah pertukaran Menteri Besar yang juga masih dari BN.
"Persoalan nya kenapa baru sekarang ketua pembangkang bersiap sedia konon nya untuk menghadapi pilihanraya Negeri ? Adakah sekadar menumpang di atas isu masalah pihak lain. Melainkan Umno Terengganu bergolak hebat semula itu lah situasi semasa. Kita perlu objektif dalam isu ini dan jangan emosi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, PAS Terengganu memilih menyerahkan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan selepas berlaku krisis antara Sultan Terengganu dengan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat baru-baru ini berkata, PAS tidak akan mencampuri urusan dalaman Umno tetapi berpendirian jalan terbaik menyelesaikan krisis dengan mengadakan pilihan raya negeri.
Ini kerana, katanya, pelantikan Menteri Besar baharu menggantikan Ahmad Razif tidak mampu menyelesaikan masalah kerana Barisan Nasional (BN) tetap memerintah negeri itu.
Dalam pada itu, Kamarul menyelar PAS yang hanya berpeluk tubuh dan sekadar menjadi pemerhati di dalam kemelut melanda Terengganu sehingga menjadi parah kembali.
"Dari segi "serius" atau parahnya situasi, keadaan semasa undi tidak percaya dahulu lagi parah kerana dari segi teorinya Datuk Ahmad Said yang membawa usul tersebut telah berada di luar atau "terkeluar" dari kerajaan kerana menentang parti.
"Jadi kedudukan kerusi secara teori menjadi 16-16 dan susah untuk kerajaan berfungsi. Itulah sebabnya saya hairan kenapa ketua pembangkang tidak terus mendesak untuk pilihan raya negeri di adakan. Keadaan bergelora tetapi mereka hanya berpeluk tubuh dan menjadi pemerhati dan situasi telah berlalu menjadi kembali tenang sementara,"ujarnya.
Sebelum ini, PAS dilihat menjarakkan diri daripada krisis yang melanda Umno-BN Terengganu.
Kerajaan Umno BN di negeri itu sebelum ini hampir tumbang selepas Ahmad yang juga ADUN Kijal mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada sidang DUN negeri itu awal Mac lalu.
Bagaimanapun, usul itu ditolak Speaker DUN, Datuk Mohd Zuber Embong.
PAS ketika itu digesa parti-parti pembangkang agar bertindak dan menggambilalih kerajaan negeri.
Namun, PAS enggan berbuat demikian dan bersikap berkecuali dalam isu itu.

Comments