KENALI MARIAM MOKHTAR! DIA SEORANG LIBERAL YANG MAHUKAN PERUBAHAN DALAM ISLAM
Penulis dan aktivis sosial kontroversi Mariam Mokhtar dilihat cuba memperjuangkan perubahan mengikut rentak dan caranya yang tersendiri yang jelas tidak bersesuaian dengan apa yang diperlukan di negara ini. Tuntutan dan perubahan yang mahu dibuatnya dilihat bersifat politik dan anti Islam. Mungkin disebabkan beliau seorang yang liberal jesteru itu perubahan itu mahu dilakukannya di Malaysia dengan harapan agar negara ini menjadi sebuah negara yang liberal seperti negara-negara barat lain yang mengamalkan kebebasan. Persoalan yang timbul di sini, apakah cara yang cuba dibawa Mariam Mokhtar ini boleh menyelamatkan Malaysia sedangkan akidah beliau sendiri sebagai seorang Islam juga boleh dipertikaikan. Ini kerana terkesan beberapa gambar di mana Mariam sedang memegang anjing dan memakai topi krismas. Sebelum itu, timbul satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mariam yang mana telah mencuri tumpuan orang ramai apabila beliau mengkritik amalan yang melarang meletakkan nama bapa angkat
Comments
Nauzubillah..jgn jadi hypocrite lah.