Macam tak percaya pulak sebab Abby bukan saja banyak komen dalam twitter bahkan dah naik pentas bagi ceramah. Ada orang dah panggil dia ‘ustazah’! Wah! Biar betul, dulu payah bebenar nak bukak. Tapi iyelah, zaman Roda Impian tu, dia malu-malu sebab masa tu dia gadis sunti. Orang kata Abby bukan main ligat lagi dalam parti yang dia masuk. Sampaikan ada gosip dan sebagainya. Tak apalah, bab masuk parti mana pun, itu hak dia, lagipun Malaysia ini negara demokrasi. Masuklah parti mana pun, parti tupperware ke baik, tapi tak payahlah meroyan bagai. Maaflah ye Arbaiyah, oops, ‘ustazah’ Abby. Hijrah itu baik tapi biarlah ia dilakukan dengan penuh keikhlasan dan istiqamah, hati dan amalan. Bila kita berubah, sudah tentunya ia untuk kebaikan diri. Ada orang berhijrah secara diam kerana bila bercakap berdegar-degar, bimbang disalah tafsir jadi riak pula. Mungkin niat tidak begitu, tetapi tafsiran orang pelbagai.Abby pernah tweet pasal tudung dengan bertanya apa rasa orang yang tak bertu...