Umno Beaufort Masih Kukuh - Setiausaha BN Sabah

Umno Beaufort, yang sebelum ini dipimpin oleh anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin, masih berfungsi dengan kebanyakan anggota jawatankuasa (AJK) bahagiannya kekal dengan Umno. Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata mereka termasuk timbalan ketua bahagian, naib ketua, kebanyakan AJK, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri dan majoriti anggota anggota jawatankuasa tiga sayapnya. "Kesemua mereka masih kekal dalam Umno. Begitu juga dengan ketua cawangan yang kekal dengan Umno. Apa yang jelas, Lajim kini bersendirian," katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, Isnin. Abdul Rahman berkata seperti dengan kerusi Parlimen dan dewan Undangan negeri yang lain di seluruh negara, BN bersedia untuk mempertahan kerusi Parlimen Beaufort dan Tuaran. "Dan Insya-Allah, kami akan memenanginya lagi demi masa depan rakyat dan negeri dan negara,"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana