Posts

Showing posts from November, 2009

Bukti pemilikan saham dan wang Azmin-isteri : Bekas Setiausaha Sulit Anwar “pecah lubang”

Image
Jika selama ini ia hanya cakap-cakap, pagi Selasa bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan (1996-1998), Anuar Shaari tampil mengemukakan salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin. Dengan dokumen itu, beliau kemudiannya membuat laporan polis kepada Bahagian Jenayah Perdagangan PDRM di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. Pada sidang media sebelum membuat laporan polis, Anuar berkata, dokumen yang mengandungi bukti pemilikan saham sebanyak RM2 juta milik Azmin dan Shamsidar serta penyata akuan bank Shamsidar sebanyak RM8 juta akan diserahkan kepada polis untuk menetukan kesahihan dokumen terseut dan seterusnya melakukan siasatan. “Saya datang pada hari ini untuk mencari kebenaran bukannya hendak menghukum. Masyarakat hendak tahu kebenaran isu yang kini hangat diperkatakan termasuk para penyokong Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah dan Azmin. “Wan Azizah sendiri mesti hendak tahu kenapa Shamsidar bol

Jawatankuasa masjid kena tindakan

Image
SHAH ALAM 5 Nov. - Ahli jawatankuasa sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama masjid itu bulan lalu. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohamed Khusrin Munawi (gambar) menegaskan, orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid. "Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat. "Semua perkara ini patut diketahui oleh nazir masjid demi menjaga kesucian masjid serta perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau diminta mengulas desakan wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Misnan Ahmad supaya JAIS menyiasat tindakan jawatankuasa masjid tersebut membenarkan Xavier berucap di dewan masjid te