Posts

Showing posts from April, 2017

PAS akan pastikan DAP dan sekutunya tidak kuasai Putrajaya

Image
Dalam majlis Amanat Presiden kali pertama Jumaat malam -satu program yang ditiru daripada UMNO yang biasa mengadakan Taklimat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pendirian PAS untuk menghalang DAP dan sekutunya menguasai Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Program tertutup yang dihadiri semua 1,300 perwakilan PAS itu, Hadi berkata usaha tersebut penting bagi memastikan dominasi politik Islam dan Melayu akan terus diperkasa demi mengekang setiap risiko ancaman terhadap agama. Menurut sumber, PAS dikatakan sudah mengenal pasti gerakan dan strategi bersifat menyeluruh untuk memastikan parti terus berpengaruh di negeri yang didominasi Melayu dengan meningkatkan penguasaan jumlah kerusi. "PAS sedar ramai yang bertanya mengenai kesukaran PAS untuk menang jika bergerak sendiri atau berdepan pertembungan tiga penjuru....selain itu ada juga soalan ditanya mengenai kerusi mana PAS akan bertanding dan siapa pula yang akan bertanding. "Setiap perso

3 ‘HARUMANIS’ DIDESAK KELUAR PARTI : LUAR HIJAU, DALAM OREN

Image
DALAM kehangatan Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang sedang berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah sehingga 1 Mei ini, terdapat juga suara-suara dari penyokong kuat parti itu mendesak agar pemimpin bersifat ‘harumanis’ segera ditolak keluar dari dalam parti. Maksud bagi ‘harumanis’ itu merujuk kepada mereka yang menjadi pemimpin atau wakil rakyat atas tiket PAS namun kini gerak geri serta kenyataan mereka lebih terarah kepada menyokong perjuangan Parti Amanah Negara atau PAN. Antara pemimpin PAS di negeri Kedah yang dapat dikesan bersifat begitu adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan dua ADUN iaitu Datuk Ir Amiruddin Hamzah serta Ustaz Mohd Nasir Mustafa. Amiruddin merupakan ADUN Anak Bukit yang merupakan bekas YDP PAS Kuala Kedah dan bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah. Manakala Nasir pula merupakan ADUN Kubang Rotan yang pernah berada satu pentas bersama-sama Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang, Rafizi Ramli, Mahfuz Omar dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan ya

Jom Baca Ini !!!!! Mahathir Telah Bertemu Dengan Lawan Yang Lebih kuat DariNya

Image
Saya mempunyai seorang rakan bukan islam yg menetap di London yang telah bertaruh dengan banyak bahawa Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak akan disingkirkan dari pejabatnya menjelang September tahun 2015, iaitu hampir 2 tahun yang lalu. Saya bertanya beliau mengapa begitu yakin yang perkara tersebut akan berlaku, dan beliau membalas, ia akan berlaku kerana Tun Dr Mahathir yang mengetuai gerakan tersebut, jadi Najib tidak akan terselamat. “Baiklah, biar saya fahamkannya,” beritahu saya, “Najib akan ditendang keluar kerana Dr Mahathir mahu beliau disingkirkan dan sesiapa yang Dr Mahathir mahu tendang keluar, akan ditendang keluar.” Beliau mengesahkan bahawa itu yang dipercayainya, jadi beliau telah bertaruh dengan beberapa orang bahawa Najib akan disingkirkan menjelang September. Saya kemudiannya memberitahu beliau bahawa saya juga ingin bertaruh sebanyak £100 secara menyindir dan taruhan saya adalah Najib akan kekal menjadi Perdana Menteri sehingga Krismas dan seter

Sudah Kita Jangka!!!!! Muktamar PAS Pusat lulus usul putus hubungan dengan PKR, tanpa bahas

Image
Muktamar PAS Pusat Kali ke-63 hari ini bersetuju menerima usul memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR. Usul itu dibentangkan oleh perwakilan ulama, Zulkifli Ismail yang kemudian disokong oleh perwakilan Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari. Ia kemudian disokong sebulat suara tanpa bahas oleh perwakilan, yang disambut dengan laungan takbir. Keputusan itu disahkan oleh Pengerusi Tetap, Hussin Ismail.

PAS akan pastikan DAP dan sekutunya tidak kuasai Putrajaya...Syabas Presiden PAS

Image
Dalam majlis Amanah Presiden kali pertama Jumaat malam -satu program yang ditiru daripada UMNO yang biasa mengadakan Taklimat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pendirian PAS untuk menghalang DAP dan sekutunya menguasai Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Program tertutup yang dihadiri semua 1,300 perwakilan PAS itu, Hadi berkata usaha tersebut penting bagi memastikan dominasi politik Islam dan Melayu akan terus diperkasa demi mengekang setiap risiko ancaman terhadap agama. Menurut sumber, PAS dikatakan sudah mengenal pasti gerakan dan strategi bersifat menyeluruh untuk memastikan parti terus berpengaruh di negeri yang didominasi Melayu dengan meningkatkan penguasaan jumlah kerusi. "PAS sedar ramai yang bertanya mengenai kesukaran PAS untuk menang jika bergerak sendiri atau berdepan pertembungan tiga penjuru....selain itu ada juga soalan ditanya mengenai kerusi mana PAS akan bertanding dan siapa pula yang akan bertanding. "Setiap perso

PKR hantar pemimpin tak dikenali wakil ke Muktamar PAS...

Image
Dah senget tapi belum karam... begitulah situasi hubungan PKR dan PAS sehingga hari ini. PKR nampaknya sudah 'kecil hati' dan hanya hantar pemimpin rendah mewakili parti itu ke Muktamar PAS ke 63 di Kota Sarang Semut Kedah. Difahamkan walaupun surat jemputan dihantar ke rumah, dan Muryidul Am PAS Ustaz Hashim Jasin sendiri telefon Datuk Seri Azmin Ali, tapi beliau yang baru balik dari lawatan rasmi ke Taiwan khabarnya berada di Pulau Pinang untuk program Konvensyen PKR negeri itu. Ramai pemimpin PAS mengharapkan Azmin hadir untuk menyejukkan hati perwakilan parti itu, tapi baik Azmin mahupun Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mungkin sudah set untuk 'ajar' PAS kali ini. Yang hadir mewakili rakan 'tahalul siyasi' PAS itu adalah Naib Presiden lantikan, Shaharuddin Badaruddin. Selain PKR, antara kepimpinan parti lain yang turut kelihatan ialah Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan

'Serangan' PAS Bakal Jadi Topik Hangat Di Konvensyen PKR Negeri...PKR tak Boleh Tahan Telinga Bebbb

Image
PAS mungkin akan menerima 'balasan' apabila pemimpin PKR berhimpun di Pulau Pinang untuk konvensyen parti negeri, petang Ahad. Rata-rata pemimpin PKR semakin kecewa dengan 'serangan' dan kelantangan suara perwakilan yang mengkritik parti itu dan beberapa parti pembangkang lain di Muktamar PAS yang kini sedang berlangsung di Alor Setar. "Sudah tentu pemimpin kita akan menangani isu ini. Kita berasa tersinggung. Apa yang mereka katakan mengenai kita adalah tidak wajar. Kita mahu melawan Umno dan BN, musuh kita bukan PAS," kata Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang Dr Afif Bahardin. Merujuk kepada hasrat PAS untuk memutuskan hubungan dengan PKR, Dr Afif berkata tiada satu pun parti yang dapat melakukannya secara bersendirian dan kemenangan hanya dapat diraih dengan cara bergabung. Dr Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya berkata pemimpin PAS perlu menangani isu-isu seperti ekonomi dan masalah sosial, bukan menyerang rakan-rakan par

‘NAK TANYA, SEL-SEL OTAK RAFIZI RAMLI SUDAH BAIK ATAU BELUM?’

Image
Sejak Rafizi Ramli berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, antara kerja yang paling suka dibuat olehnya adalah menabur fitnah dan menuntut jawapan terhadap semua fitnah yang dilemparkan. Boleh dikatakan, kesemua persoalan dan isu yang sengaja diciptanya menuntut jawapan dari pihak yang difitnahnya. Namun begitu, apabila jawapan di beri, ayat pertama yang akan di katakannya adalah, jawapan yang diberi langsung tidak memuaskan hati dan tidak menepati soalan yang diajukan. Malah, seperti biasa, Rafizi akan mencipta soalan lain pula dan seperti sebelum ini, dia akan turut meminta jawapan pada soalan berkenaan. Apa yang ajaibnya, setiap kali soalan dikemukakan oleh Rafizi, pihak kerajaan sentiasa menjawabnya dengan tepat serta berfakta. Tetapi semua itu langsung tidak diperdulikan Rafizi. Persoalannya, apa sebenarnya yang dimahukan Rafizi? Bukankah dia yang bertanya dan apabila jawapan diberi, kenapa dia sendiri yang menolaknya? Setelah berp

Maaf PPBM, PAS Tak Sudi...Habis PH akan Meroyan terutama sekali PKR

Image
PAS akhirnya membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun sebelum ini kedua-dua pihak dikatakan berhasrat membentuk pakatan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Kata putus itu diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan PPBM sebagai parti tanpa hala tuju dan tidak tentu arah."Kita pun tidak tahu siapa pemimpin (PPBM), siapa imam dan siapa makmum kerana mereka berlumba-lumba untuk membuat kenyataan. "Oleh itu kita memutuskan bahawa PAS tidak akan mempunyai hubungan dengan parti itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di sini pada Sabtu. Sementara itu, mengulas tentang desakan PKR untuk memutuskan tahaluf siaysi dengan PAS, Abdul Hadi berkata:"Kita parti yang sabar. Kita tidak boleh layan parti yang tidak sabar." Bagaimanapun mengulas sama ada peluang untuk memutuskan hubungan dengan PKR yang mendapat sokongan Dewan Pemuda PAS, Dewan Muslim

Tony Pua Dilarang Masuk Sabah...Padan Mukanya

Image
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua tidak dibenarkan memasuki Sabah. Beliau dilarang memasuki negeri itu dan diarahkan mengambil penerbangan semula ke Kuala Lumpur sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 12.45 tengah hari Jumaat. Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata beliau tidak diberikan sebarang alasan mengenai larangan tersebut. "Pegawai menghalang saya dari memasuki Sabah tanpa memberikan sebarang alasan, mereka hanya maklumkan ia adalah arahan daripada kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi. Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong yang turut bersama Pua sehingga beliau menaiki penerbangan pulang kira-kira pukul 2 petang berkata arahan tersebut tidak wajar sambil menambah Pua merupakan wakil rakyat dan mempunyai hak demokratik untuk mengadakan lawatan ke negeri itu. Beliau bagaimanapun berkata DAP Sabah menghormati hak Jabatan Imigresen negeri itu yang telah termaktub di dalam Perjanjian Perlembagaan Persekutuan

Siasatan, Tindakan Tak Bezakan Pentadbir, Ahli Kumpulan WhatsApp - SKMM

Image
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan tindakan dikenakan terhadap pentadbir kumpulan WhatsApp jika siasatan berdasarkan aduan yang diterima mendapati pihak berkenaan gagal menghalang penyebaran maklumat palsu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM pada Jumaat, walaupun perbualan dalam aplikasi WhatsApp, We Chat, Viber dan Telegram bersifat peribadi, siasatan boleh dijalankan jika terdapat aduan mengenainya. "Siasatan hanya akan dijalankan jika terdapat aduan terhadap kandungan yang disebarkan dalam kumpulan tersebut. "Justeru, orang ramai, sama ada pentadbir atau ahli kumpulan, perlu berwaspada dalam menyebarkan maklumat dalam kumpulan masing-masing supaya tidak terjadi kes penyebaran maklumat palsu," demikian menurut kenyataan itu. SKMM berkata penyebaran maklumat palsu adalah kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, termasuk seksyen 233 AKM 1998. Tegasnya, mana-mana siasatan tidak akan membezakan di antara pentadbir dan ahli

HALAU AHLI KELUAR PPBM, JANGAN NANTI LEPAS PRU14 TINGGAL MAHATHIR DAN MUKHRIZ SAHAJA

Image
Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka menghalau pemimpin dan ahli PPBM untuk keluar dari parti dengan alasan tidak mahu golongan yang menyertainya disebabkan dendam ataupun kerana jawatan. “Berkenaan mereka yang ingin keluar parti, mereka dialu-alukan untuk keluar parti. Kami tidak mahu mereka yang berada di sini atas dendam peribadi atau mahukan jawatan,” katanya kepada media semalam. Ada gambaran perasaan yang tertekan dari kenyataan Dr Mahathir itu. Mahunya tak tertekan bila seorang dari tujuh pengasas PPBM telah bertindak keluar parti baru-baru ini. Itu belum cerita bagaimana macai paling dipercayanya, Khairuddin Abu Hassan dan raja kotak Ezam Mohd Nor yang bikin rekod dunia apabila masuk daftar keahlian untuk seketika dan keluar parti tidak lama kemudiannya. Namun cara Dr Mahathir menghadapi isu hilang keyakinan ahli dan pemimpin PPBM yang sedang meruncing sekarang jelas tak berhikmah Menuduh ahli bawahan dan pemimpin yang sedang hilang keyakinan pada parti sebagai g

TAK LENA TIDUR AZMIN BILA DEWAN ULAMA PAS LULUS USUL PUTUS DENGAN PKR

Image
Dewan Ulama PAS Pusat telah meluluskan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau dalam Bahasa Melayunya kerjasama politik dengan PKR yang dulunya tidur sebantal dengan PAS tapi mimpi lain-lain sejak 1998/99. “Menyedari bahawa PKR sudah melanggar begitu banyak syarat tahaluf siyasi maka usul Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat diterima sebulat suara,” kata Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kepada media petang tadi. Untuk menjadikan ianya rasmi, Mohd Khairuddin berkata usul itu akan dirujuk kepada Majlis Syura Ulama PAS (MSUP) untuk dimuktamadkan. Maksudnya ia masih ada sedikit proses ibarat macam laki bini yang dah dalam proses bercerai, lafaz talak satu, dua atau tiga dah disebut mulut cuma yang tinggal lagi hanya menunggu keputusan dan pengesahan dari mahkamah. Kelulusan usul Dewan Ulama PAS ini tentulah menjadi berita yang paling menyeramkan PKR kerana jika MSUP menerimanya, PKR sudah boleh ucap selamat tinggal kepada ratusan ribu undi Melayu Islam yang

“JAHANAM PAN” & PUTUS TAHALUF SIYASI PKR – SEJAUH MANAKAH KETEGASAN PAS?

Image
“Jahanam PAN” – Itu lafaz dari Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir yang menunjukkan semangat dan cita-cita muktamirin dan muktamirat untuk berpatah arang berkerat rotan dengan serpihan parti mereka. Sejarah kebersamaan mereka menyaksikan bagaimana PAS dibuli oleh DAP, persis berkasta “pariah” di dalam barisan pakatan pembangkang. Sentimen garang tersebut dizahirkan pula oleh Dewan Pemuda PAS hari ini, yang meluluskan usul “talak tiga”, sesuatu yang tidak mengejutkan jika diambil kira dari sindirian PKR kepada PAS baru-baru ini berhubung insiden “tok lebai”. Saifuddin Nasution, Penasihat Strategik Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung PKR sudah pun secara terbuka “menghalau” PAS dari kerajaan negeri Selangor seandainya benar PAS mengambil keputusan untuk bermufarakah. Logiknya, jika sudah tidak bersama, mengapa perlu tinggal sebumbung. Wajar untuk semua ahli PAS yang memegang jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor untuk melepaskan jawatan. Persoalannya, sejauh

RAFIZI RAMLI & INVOKE TERUS ULANG CERITA ‘HIKAYAT MAT JENIN’

Image
Minggu lepas, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah mengadakan sidang media menerusi Facebook secara live. Seperti biasa beliau menggunakan peluang berkenaan untuk menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak. Tidak ketinggalan beliau turut mengulas mengenai video daripada Suara.TV yang memaparkan bagaimana Najib menggesa aktivis media sosial kerajaan supaya menggunakan pendekatan menyerang, tidak lagi bertahan. Dengan kata lain apa sahaja yang dikatakan oleh Rafizi dan kawan-kawan pembangkangnya, harus dipatahkan dengan segera kerana ia hanya tohmahan liar dan sekadar putar belit pembangkang. “Ingatlah bahawa pembangkang hanya berpegang kepada satu prinsip sahaja iaitu If you cannot convince them, confuse them. “Taktik kotor mereka amat jelas, jika mereka tidak dapat meyakinkan pengundi agar mempercayai janji-janji kosong atau kata-kata manis mereka, modus operandi mereka adalah untuk mengelirukan rakyat agar menimbulkan ketidakpercayaan serta kemarahan terhadap kerajaan BN,” ka

ZAIRIL, DYANA BELUM BUAT LAPORAN ‘GAMBAR’ PALSU – KPN

Image
Polis mengesahkan pihaknya masih belum menerima laporan daripada Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli DAP Dyana Sofya Mohd Daud berkenaan gambar kontroversi yang dikaitkan dengan mereka. Ketika dihubungi pada Khamis, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiada laporan dibuat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu. Empat keping gamabr dikatakan menyerupai Zairil dan Dyana Sofya menjadi tular di media sosial minggu lepas. Kedua-dua mereka dilihat duduk semeja di sebuah restoran bersama sekurang-kurangnya dua lagi individu lain. Zairil, yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak menafikan bahawa bahawa dirinya dalam gambar itu dan memberitahu ianya adalah palsu. Dalam posting Facebook minggu lepas, Dyana Sofya berkata ia adalah serangan peribadi ketiga ke atas dirinya dalam tempoh dua bulan dan merupakan pencerobohan terhadap kehidupan peribadi seseorang. Gerakan Pulau Pinang menggesa kedua-dua pemimpin untuk membuat laporan polis jika gamba

Perjuangan PAS sudah terpesong, kata PAN

Image
PAN mempersoal pendekatan perjuangan PAS yang selama ini mendukung prinsip suci, bagaimanapun sanggup mengeluarkan perkaraan  ‘PAN Jahanam’ semalam. Menurut Pengarah Komunikasinya Khalid Abdul Samad, ia jauh bertentangan dengan dasar perjuangan parti Islam itu kerana sepatutnya parti itumendukung aspirasi yang berteraskan semangat kasih dan sayang pada semua manusia tanpa mengira parti. “Pendakwah bagaikan doktor yang merawat penyakit masyarakat, bukan pembawa virus yang buruk dan merosakkan lagi manusia. “Malangnya pemimpin PAS sudah menjadi bagaikan dendam dan kebencian, dulunya doa laknat, sekarang ikrar jahanam,” katanya kepada BNBBC my portal, Jumaat. Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata demikian bagi mengulas ikrar yang dilontarkan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir dengan menyatakan ‘Jahanam PAN’ sekaligus disambut dengan laungan takbir. Ikrar tersebut dimulakan ketika Muktamar Dewan Ulama PAS ke-56 yang berlangsung di Kedah semalam. Bagaimanapun Timb

AGENDA JADIKAN 1MDB ‘PELURU’ GAGAL

Image
PEMBANGKANG oh pembangkang! Macam-macam kerenah anda. Mengapa sampai tidak boleh terima kenyataan bahawa International Petroleum Investment Company (IPIC) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjaya menyelesaikan perti­kaian secara baik? Antara tuduhan cukup hangat dibangkitkan pembangkang dua tahun lalu berkisar pertikaian pembayaran sebanyak dua kali oleh 1MDB kepada IPIC. Pembayaran ini sebenarnya agak pelik kerana dilakukan oleh 1MDB tanpa ada sebarang bukti pembayaran. Atas alasan inilah pembangkang mendakwa 1MDB telah menyelewengkan wang SRC yang didakwa disalurkan terus ke akaun Perdana Menteri. Hakikat sebenarnya, menerusi fakta terkini yang dikeluarkan oleh IPIC kelmarin dalam satu kenyataan Bursa Saham London, IPIC menyatakan 1MDB tidak pernah membayar dua kali ganda seperti yang didakwa kepada IPIC. 1MDB hanya pernah membayar AS$3.5 bilion kepada IPIC dalam pelbagai bayaran kepada IPIC. Namun, kemelut ini bermula apabila IPIC menafikan pembayaran berkenaan d

Kit Siang hipokrit politik…

Image
Lim Kit Siang disifatkan sebagai bapa hipokrit kerana sanggup bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dahulunya didakwa terlibat dengan kegiatan perdagangan mata wang asing (FOREX). Menurut Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, Kit Siang yang juga penasihat DAP itu sebelum ini adalah individu yang lantang bersuara dalam isu itu sehingga menyatakan sekiranya pembangkang mentadbir kerajaan, satu suruhanjaya akan ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan. Pada peringkat awal, isu pemerdangan mata wang ini pertama kali telah dibangkitkan pada Tahun 1993 di dalam Parlimen dimana Kit Siang telah meminta supaya kerajaan ketika itu yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan) serta Tun Mahathir (Perdana Menteri) untuk mendedahkan berapa jumlah kerugian pemerdangan mata wang ini terhadap negara. Ketika itu Anwar mengumumkan kerajaan telah kehilangan RM15 bilion wang rakyat. Namun kerugian sebanyak RM15 bilion yang dinyatakan oleh Anwar it

Tolak DAP pada PRU-14, kata Chee Keong

Image
TEMERLOH: Rakyat khususnya masyarakat Cina di negara ini diminta menolak DAP yang mengetuai Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang. Naib Presiden MyPPP, Ong Chee Keong berkata, penolakan itu sebagai menunjukkan apa yang dilakukan parti itu di Selangor dan Pulau Pinang adalah salah. "Penolakan itu perlu dilakukan seperti pada Pilihan Raya Umum 1999 yang mana DAP pada waktu itu hanya menang 10 kerusi Parlimen. "Jadi, rakyat terutama kaum Cina perlu menolak DAP dengan tidak mengundi parti itu pada pilihan raya umum akan datang," katanya pada program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Mentakab di sini, Jumaat. Chee Keong yang sebelum ini 15 tahun menjadi ahli DAP dan pernah menjawat jawatan Pengerusi DAP Selangor berkata, DAP kini diterajui oleh kepemimpinan diktator anak dan bapa iaitu Lim Kit Siang serta Lim Guang Eng. "Dahulu Kit Siang kata Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai diktator, tetapi kini dia bersama Mahathir dan boleh

DEWAN ULAMA PAS LULUSKAN USUL PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR

Image
Dewan Ulama PAS semalam bersetuju untuk membawa usul agar parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagaimanapun tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan. “Kalau kita buka (undi) setuju (untuk putus), ramai akan setuju. “Menyedari PKR langgar banyak syarat tahaluf siyasi dengan PAS, Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat bersetuju untuk mengusulkan agar tahaluf siyasi antara PAS dan PKR diputuskan, (namun) tertakluk pada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan Perlembagaan PAS,” katanya. Beliau berkata demikian pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Ke-56 di dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar, hari ini, ketika membacakan kembali usul yang dibawa oleh perwakilan Perak dan Negeri Sembilan. Usul itu kemudian mendapat persetujuan sebulat suara perwakilan. Sementara itu, ketika membentangkan usul, perwakilan Negeri Sembilan Mohd Husaini Husin member

ULAMA PAS BIMBANG PARTI SOSIAL AMBIL ALIH KERAJAAN

Image
Dewan Ulama PAS bimbang negara ini akan diteraju parti bertunjangkan sosialis jika kerajaan Persekutuan sedia ada dijatuhkan pada pilihan raya umum akan datang. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, jika parti berteraskan perjuangan sosialis itu berjaya membentuk kerajaan di negara ini, PAS memerlukan tempoh 60 tahun lagi untuk menjatuhkan kerajaan tersebut. “Apa yang dibimbangkan, jatuhnya sebuah kerajaan sekular nasionalis tetapi diganti dengan sekular sosialis, kalau itu terjadi, PAS kena ambil masa 60 tahun untuk jatuhkan kerajaan sekular sosialis dan diganti dengan kerajaan Islam. “Tidak guna dapat jatuhkan kerajaan yang ada sekarang tetapi yang naik ialah kerajaan sosialis, saya harap saudara memahami tuntutan semasa yang memerlukan kita buat persiapan secukupnya,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Ke-56 di Dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di sini hari ini. Justeru Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan memi

‘AMARAN KEPADA AZMIN, JANGAN HINA ULAMA KAMI’ – PERWAKILAN ULAMA SELANGOR

Image
Perwakilan Dewan Ulama Selangor, Nik Baki Nikmat menarik perhatian persidangan sayap itu apabila dengan lantang mengingatkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali agar tidak celupar menghina ulama. “Menteri besar Selangor dari PKR hina dengan bahasa memanggil lebai. Bagi kami, kami tak boleh terima. “Atas dasar Islam suatu agama nasihat, maka sekali lagi, kami nasihat menteri besar dari PKR, Azmin Ali, tolong pada masa akan datang jangan celupar mulut hina para alim ulama,” katanya ketika berucap di Muktamar Dewan Ulama. Azmin terdahulu dilaporkan media sebagai melabelkan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz sebagai ‘tok lebai’ yang tersungkur (kalah dalam pemilihan) di kawasan sendiri. Ia susulan Nik Abduh mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mereka menyasarkan untuk mentadbir Selangor pada pilihan raya umum ke-14, selain Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perak. Nik Abduh sebelum itu kalah teruk dalam pemilihan PAS peringkat kawasan Pen

GST ANTARA FAKTA DAN REALITI - MAHATHIR DAN NAJIB DUA ERA PEMERINTAHAN BERBEZA

Image
Kadang-kadang penyokong-penyokong pembangkang suka menegakkan benang yang basah walaupun sedar bahawa hujah-hujah yang mereka cuba sampaikan adalah tidak masuk akal dan tidak relevan sama sekali. Kita ambil contoh, hujah penyokong Mahathir yang menyatakan bahawa tanpa cukai barang dan perkhidmatan (GST) pun Mahathir mampu bangunkan negara lebih baik secara hakikatnya adalah sangat tidak rasional. Mereka hanya membuat andaian subjektif semata-mata tanpa mengambil kira fakta kukuh yang menyokong hujah mereka. Dalam bidang pendidikan misalnya, jumlah guru pada zaman Mahathir tahun 2000 hanyalah 267,010 orang untuk 4 juta lebih pelajar. Hari ini, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak tahun 2016 mempunyai 421, 828 orang guru untuk 5 juta lebih pelajar. Pada tahun 2000 jumlah sekolah ialah 8,876 manakala pada 2016, kini semasa pemerintahan Najib Tun Razak mempunyai 10,180 sekolah untuk dibiayai. Ini belum mengambil kira pengenalan pelbagai teknologi yang telah meningkatkan kos

Inilah yg berlaku selama 22 tahun ,cai mahatun kata tu benda lama dok korek buat apa .......

Image
Bkn lama atau baru maslahnya aku nak tahu jwapan....keatas persoalan itu .Sekarang mana jawapan tu wahai madey 22 tahun.... ITU BELUM MASUK Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) beberapa tahun lalu, Projek bermula pada tahun 2000, kerajaan dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM12.5 bilion.

Tidak ada guna jatuhkan kerajaan sekarang - PAS.

Image
Persepsi mereka yang anti PAS sudah pasti mengatakan bahawa PAS iaitu Haji Hadi Awang Presiden PAS telah menerima dedak dari YAB PM Najib Razak. Namun kepada mereka yang celik dunia politik hari ini pastinya nampak agenda sebenar yang sedang diusahakan oleh UMNO dan PAS hari ini. Kekalkan kerajaan Islam Melayu dan itu adalah intipati mengapa selepas PRU13 PAS keluar dari Pakatan Pembangkang dan akibat dari itu DAP menaja Mat Sabu bagi memecah belahkan PAS hingga tertubuhnya parti Amanah iaitu PAN. Buat apa bergaduh sesama kita sedangkan PRU13 jelas kita dapat lihat pengundi Cina bersatu menyokong DAP. PAS telah lihat wajah sebenar DAP pada PRU13 lalu dan PAS tahu jika kerajaan yang ada hari ini jatuh kepada pihak pembangkang maka yang akan rugi adalah Islam dan Melayu itu sendiri. Pendirian Saya cukup mudah dalam hal ini, siapa sahaja pemerintah asalkan kuasa dominan dalam kerajaan itu mestilah Islam dan bangsa Melayu & Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ini bukan kenyataan R

Muktamar PAS Ke 63 : Angin Perubahan Di Selangor Perlu Di Segerakan

Image
Tidak dinafikan bahawa Kelantan merupakan kubu kuat bagi PAS sejak lebih 25 tahun yang lalu. Penguasaan PAS di negeri ini cukup dominan dengan beberapa parti bekas sekutu PAS langsung sukar menggugat kekuatan PAS di negeri ini. Selain itu, Terengganu juga merupakan antara negeri yang seringkali menyaksikan pertandingan sengit antara calon PAS dan calon Barisan Nasional. Selain Kelantan, Terengganu dan Kedah, antara negeri yang pernah ditawan oleh PAS, Selangor juga merupakan sebuah negeri yang dilihat cenderung kepada PAS. Manakan tidak, sewaktu PAS berada di dalam Pakatan Rakyat (Pakatan Harapan sekarang), PAS berjaya memperolehi 15 buah kerusi DUN di negeri ini. Ironinya, penguasaan PAS ini sama banyak dengan apa yang diperolehi DAP di negeri termaju dalam Malaysia ini. Cuma, hasil persefahaman antara pemimpin utama DAP, PAS dan PKR menyaksikan, PKR dipilih untuk menerajui negeri ini menerusi Datuk Seri Azmin Ali. Namun begitu, PAS masih diberi kerusi selaku Exco kerajaan nege

Apa Hak Saifuddin Desak PAS Keluar Dari Kerajaan Pakatan Harapan Selangor?

Image
eperti dijangkakan, reaksi yang ditampilkan oleh PKR hasil daripada usul yang diluluskan oleh Muktamar PAS kali ke 63 kali ini yang mahu memutuskan tahaluf siyasi mereka dengan PKR, cukup keras. Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail meminta barisan Exco kerajaan Selangor dari PAS untuk meletakkan jawatan susulan daripada keputusan Muktamar berkenaan. Katanya, jika PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR secara muktamad, perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah bagi semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam Kerajaan Selangor meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan. Ujar Saifuddin lagi, sebarang tindakan yang lain dari itu akan memualkan rakyat kerana ruang politik pembangkang akan dilihat banyak berkisar kepada serangan kepada kawan sendiri, termasuk mengisytiharkan bertanding di kerusi-kerusi milik PKR, sedangkan pada masa yang sama masih mahu menerima habuan dari jawatan yang d

10 Bukti Rafizi Kaki Fitnah !!!

Image
NAIB Presiden PKR Rafizi Ramli bukan lagi nama yang boleh dipercayai. Acapkali dia telah menunjukkan sikapnya yang sebenar dengan memfitnah, mengarut, berbohong dan melawak. Sehingga ada yang tidak lagi menganggap dia sebagai Ahli Parlimen, sebaliknya sebagai 'Raja Fitnah' dan pelawak. Cerita karut Rafizi ini sudah jadi bahan lawak kerana sebelum ini sudah beberapa kali Lester Melanyi, bekas penulis Sarawak Report dan Xavier Justo sudah menjelaskan tentang beberapa dokumen yang dipalsukan oleh Claire Brown untuk tujuan politik. Namun Rafizi tetap bermain persepsi mengulang-ulang cerita berkenaan. Yang terbaru Rafizi membuat tuduhan pada Perdana Menteri dengan tuduhan yang recyle dan sudah pun dijawab Peguam Negara dengan mengaitkan ada duit yang dicuri kononnya masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri. Apakah Rafizi ingat rakyat Malaysia mudah pelupa seperti Mahathir? Adakah Rafizi menganggap rakyat Malaysia mudah ditipu? Rakyat Malaysia tidak lupa. Masih lagi ingat sem

Video minah mana ni yang kutuk sistem lebuhraya ni

Image

Apa hal Pak Sheikh?...main tukar cerita pasal kerugian forex

Image
Pelik menang pelik.Siapa saja yang baca kenyataan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim pasal keterangannya mengenai kerugian dalam dagangan tukaran mata wang (forex) kepada Pasukan Petugas Khas Forex tentu merasa ada yang tidak kena. Faktanya beliau akui kerugian yang dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forex pada tahun 1990han amat besar yakni antara RM15 billion hingga RM30 billion. Gambaran yang cuba diberi ialah beliau yang jadi Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 tidak terlibat langsung dalam urusan itu malah cuba betulkan keadaan. Namun dalam kenyataanya, Anwar juga bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini dalam penjara kerana kesalahan meliwat sepatah pun tidak menyebut nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Begitu juga nama Tun Daim Zainuddin,bekas Menteri Kewangan sebelum beliau dilantik ke jawatan itu. Beliau hanya menuding jari kepada seorang saja iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang disebutnya sebagai Pengarah Urusan di BNM dalam urusan b

Kerjasama politik PAS-PKR hampir berkubur...Azmin Resah dan Gelisah bebbb

Image
Keputusan Dewan Ulama PAS Pusat menerima sebulat suara usul supaya parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sudah tentu semakin menggusarkan PKR. Ini kerana di dalam PAS, Dewan Ulama mempunyai pengaruh besar dalam membuat keputusan selain Masjlis Syura Ulamak parti yang mempunyai kata pemutus. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata usul itu akan di bawa ke Muktamar Agung Tahunan PAS ke 63, di Alor Setar  Sabtu ini untuk dibahaskan. Usul yang diterima oleh Dewan Ulama menyebut: “Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat Tahaluf Siyasi dengan PAS maka Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang bersidang pada 27hb April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar Tahaluf Siyasi antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak menurut peruntukan perlembagaan PAS.” Khairuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul, berkata usul itu dibawa oleh perwakilan Perak dan Negeri Sembilan dan mend