Siasatan, Tindakan Tak Bezakan Pentadbir, Ahli Kumpulan WhatsApp - SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan tindakan dikenakan terhadap pentadbir kumpulan WhatsApp jika siasatan berdasarkan aduan yang diterima mendapati pihak berkenaan gagal menghalang penyebaran maklumat palsu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM pada Jumaat, walaupun perbualan dalam aplikasi WhatsApp, We Chat, Viber dan Telegram bersifat peribadi, siasatan boleh dijalankan jika terdapat aduan mengenainya.

"Siasatan hanya akan dijalankan jika terdapat aduan terhadap kandungan yang disebarkan dalam kumpulan tersebut.

"Justeru, orang ramai, sama ada pentadbir atau ahli kumpulan, perlu berwaspada dalam menyebarkan maklumat dalam kumpulan masing-masing supaya tidak terjadi kes penyebaran maklumat palsu," demikian menurut kenyataan itu.

SKMM berkata penyebaran maklumat palsu adalah kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, termasuk seksyen 233 AKM 1998.

Tegasnya, mana-mana siasatan tidak akan membezakan di antara pentadbir dan ahli kumpulan.
"Jika pentadbir atau mana-mana ahli kumpulan didapati menyebarkan maklumat palsu, maka tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka," katanya.

Menurut SKMM,  pentadbir kumpulan mungkin dipertanggungjawabkan jika mereka membuat komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.
Malah, tindakan undang-undang juga boleh diambil sekiranya pentadbir meminta komen sedemikian daripada yang lain selain membantu melalui hasutan ahli lain untuk membuat komen tersebut.
Pada masa sama, pentadbir yang menghalang siasatan terhadap komen sedemikian turut akan dikenakan tindakan undang-undang.

"Dalam perkara ini, pihak SKMM akan mempertimbangkan keperluan mengadakan garis panduan tentang penggunaan aplikasi pesanan dan seumpamanya.
"Pada masa yang sama, orang ramai digesa untuk sentiasa berhemah dalam penggunaan media sosial demi perlindungan mereka sendiri," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana