MADEY Kan ADaaaaa...Orang HEBAT KAn....PAN tak boleh hidup sendiri...

Inilah kebenaran yang menyakitkan... hakikatnya Parti Amanah Negara (PAN) tidak boleh hidup sendiri... ia merupakan parti yang berpotensi, sekiranya disokong oleh rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.

Menurut kajian Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar kempen parti yang baru ditubuhkan itu di kedua-dua PRK, menerima banyak bantuan dari DAP di dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Kempen tersebut lebih lebih baik daripada apa yang berlaku semasa pilihanraya negeri Sarawak, di mana setiap parti pembangkang seolah-olah berkempen secara bersendirian,"kata beliau dalam forum mengenai masa depan Pembangkang untuk PRU-14.

Cuba bayangkan kalau PRU-14 nanti adakah DAP akan berikan bantuan sepenuhnya atau akan jadi seperti di Sarawak, masing-masing dengan kerja masing.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan berbeza pendapat dengan tiga panel dalam forum itu, apabila mengatakan kewujudan Amanah dalam PH hanya menghancurkan kepercayaan pengundi terhadap pembangkang.

Dia yakin selagi parti dan NGO pembangkang tidak bersatu, PH dan PAS akan kalah teruk.

“Pergaduhan sesama sendiri oleh pemimpin teratas pembangkang dan tanpa kerjasama yang baik hanya sia-sia. Pembangkang tidak dapat kalahkan BN selagi mereka semua tidak bersatu. Ini realiti yang perlu diterima oleh pembangkang.

“Buktinya BN menang besar dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya.

Pada 18 Jun yang lalu, PAN mendapat tempat kedua di Sungai Besar mendahului PAS, manakala di Kuala Kangsar, ia di belakang PAS.

Bagi Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke pula PAN masih belum mampu berdikari dan memerlukan sokongan rakan sekutunya untuk terus menambat hati pengundi khususnya orang Melayu.

Anthony Loke berkata PAN merupakan parti baharu, dan rakyat tidak patut menghakimi kekalahan 18 Jun lalu itu sebagai kelemahan pembangkang.

“Memang kita akui PAN ini masih banyak kelemahan tetapi kelemahan itu boleh diatasi dengan kerjasama yang baik dalam gerak kerja bersama rakan PH untuk meningkatkan kepercayaan pengundi terhadap Amanah dalam jangka masa panjang.

“Tidak adil untuk pengkritik di luar hanya mengadili PAN yang baru setahun ditubuhkan,” katanya defensif.

PAN sendiri tidak dijemput memberikan pandangan mereka dalam forum anjuran Angkatan Muda PKR itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana