‘Ustazah’ Abby Abadi...apa hal meroyan tak sudah ni?

 Macam tak percaya pulak sebab Abby bukan saja banyak komen dalam twitter bahkan dah naik pentas bagi ceramah. Ada orang dah panggil dia ‘ustazah’! Wah! Biar betul, dulu payah bebenar nak bukak. Tapi iyelah, zaman Roda Impian tu, dia malu-malu sebab masa tu dia gadis sunti.
Orang kata Abby bukan main ligat lagi dalam parti yang dia masuk. Sampaikan ada gosip dan sebagainya. Tak apalah, bab masuk parti mana pun, itu hak dia, lagipun Malaysia ini negara demokrasi. Masuklah parti mana pun, parti tupperware ke baik, tapi tak payahlah meroyan bagai.
Maaflah ye Arbaiyah, oops, ‘ustazah’ Abby. Hijrah itu baik tapi biarlah ia dilakukan dengan penuh keikhlasan dan istiqamah, hati dan amalan. Bila kita berubah, sudah tentunya ia untuk kebaikan diri. Ada orang berhijrah secara diam kerana bila bercakap berdegar-degar, bimbang disalah tafsir jadi riak pula. Mungkin niat tidak begitu, tetapi tafsiran orang pelbagai.Abby pernah tweet pasal tudung dengan bertanya apa rasa orang yang tak bertudung. Alahai, ‘ustazah’, awak pun bukan dulu free hair jugak, tentu berbulu bila orang sindir-sindir begitu kerana ia bukan cara berdakwah yang cerdik. Sebab orang akan tempelak kita balik dengan sejarah zaman jahiliah kita sendiri...maklumlah setiap dari kita bukan lahir-lahir saja dah berhijab, betul tak ‘ustazah’?

Itu bab tudung, lepas itu ‘ustazah’ kita ni, bagaikan dahagakan perhatian, tweet pulak pasal sukarnya dia dapat job selepas bertudung. Dia kemudian berkempen pulak untuk parti yang dia baru masuk itu kononnya orang bertudung sepertinya sukar mendapat pekerjaan, jika kerajaan yang sedia ada terus memerintah.Dalam suasana dan semangat bulan Ramadhan ni memang tak baik nak mengata orang. Dengar cerita ramai rakan-rakan artis pun naik bengang dengan statement Abby yang 'over' melampau ini.
Dia juga buat riuh bila kontrak sebagai jurucakap dan duta sebuah syarikat tudung ditamatkan. Sebuah portal pro pembangkang mengaitkan ini adalah kerana dia jadi ahli PAS seumur hidup.Itu adalah isu semata-mata antara dia dengan syarikat berkenaan dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak lain.

Dilaporkan syarikat tudung berkenaan, AlHumaira Contemporary (AHC), dalam reaksi di facebooknya berkata, kontrak itu ditamat kerana "tidak mencapai matlamat yang diharapkan".
Menurut syarikat itu pihaknya sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa yang dianggap sesuai mengikut situasi.
"Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect keputusan ini," kata syarikat itu.
Kesian ye. Lepas satu, satu. Beginilah ‘ustazah, tak usahlah nak salahkan orang lain, kerajaan dan sebagainya sedangkan diri kita sepatutnya dicermin dulu. Bukan Abby sorang artis yang bertudung, ramai lagi yang sudah berhijrah, tapi tak pulak ada masalah, baik untuk dapat kerja lakon atau nyanyi.

Yuna tu, sampai ke peringkat antarabangsa. Aida Khalida, Wardina dan ramai lagi yang dah berhijab, tak pulak disisihkan dari peluang kerja. Ia bukan sebab hijab, tapi soalnya, dalam kerja apapun, adalah soal bakat, kalau bagus orang akan cari jugak, bertudung atau botak sekalipun. Apa, tak ada job kerana bertudung? Halo, tudung hanya kain, tak ada kena mengena.

Yang pasti, mana ada lakonan atau nyanyian Abby yang 'excel' yang kita boleh ingat sampa hari ni? Paling ngetop orang ingat Abby adalah kes cerai dia dengan Norman Hakim yang dramatik tu. Jadi, bukan salah tudung, kalau bakat hanya so so!
Tak usahlah nak tuding jari pada orang lain. Kena tumbang kerajaan yang ada baru boleh dapat kerja sebab bertudung. Sejak bila pulak tudung jadi halangan? Dan sejak bila pula kerajaan yang ada ini halang artis dari masuk parti pembangkang?

Ramai yang sokong pembangkang, macam Pyanhabib, tapi tak pulak kerajaan sabotaj malah buku dia pun diterbitkan oleh Institut Terjemahan Buku Negara (ITBN) , begitu juga Mustafa Kamal yang pro PAS, tapi tetap dapat peluang berlakon dalam semua stesen termasuk stesen milik kerajaan, RTM. Jadi, tak usahlah meroyan wahai ‘ustazah’.

Relakslah. Kalau iyepun tertekan dengan hal-hal peribadi, takkanlah itu kerajaan jugak yang salah? Maaf cakaplah, kalau saya pun jadi pengusaha tudung, saya pun tak mahu teruskan kontrak dengan artis yang meroyan tak tentu arah ni sebab dah tentu ia bukan baik untuk produk saya. Sebab sudah tentu saya tidak mahu produk saya ada link dengan personaliti yang tidak cerdik, memalukan kerana imej hijab itu tinggi nilainya.
Sebetulnya, nak masuk parti apa pun, masuklah. Tak ada apa nak diributkan terutama bila artis yang sudah 'tamat tempoh" (expired) masuk parti pembangkang. Sebaliknya bila kita lihat apa yang ditawarkan oleh pihak parti yang disertai mereka, kita akan faham kenapa. Mereka bukan saja dapat naik pentas semula dan dapat berceramah.Siapa yang tak syok tiba-tiba glamour balik.
Jadilah…hatipun jadi kembang semula., Maklumlah, tiba-tiba saja mereka yang expired ni jadi penting, diusung ikut road show sana-sini, gambar pun besar terpampang di kain rentang. Yelah, kalau nak harap TV3, Astro atau RTM buat macam itu untuk mereka, memang jauh panggang dari api. Siapa nak panggil artis yang dah tamat tempoh sedangkan artis baru, muda dan lebih bertenaga cukup ramai bersaing untuk mendapat tempat.Tak kisahlah. Kita fahamlah ini pelaris baru untuk artis yang mahu terus kekal dalam survival poket dan populariti. Tiba-tiba semua orang salah, semuanya jadi berdosa dan dosa itu disalahkan pulak pada parti yang memerintah.

Lupa ke, kalau tak kerana negara yang aman dan makmur, mereka takkan dapat rasa nikmat jadi popular, menyanyi sana sini, buat album dan makan hasil royalti?-

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana