Calon PKR Sarawak bertanding guna watikah palsu...?
Sudah masuk hari ketiga berkempen... PKR nampaknya tak boleh 'move on' lagi dengan kisah pertindihan kerusi dan cerita-cerita di belakang tabir mengenai pertembungan kuasa dalam parti itu.
Ini selepas seorang bekas pemimpin PKR mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tampil menjelaskan bagaimana calon PKR dibenar bertanding tanpa watikah tandatangan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Badrul Hisham Shahrin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata Wan Azizah hanya menghantar pesanan melalui 'whatsapps' kepada Timbalan Presiden parti Datuk Seri Azmin Ali kuasa berunding mengenai calon dan kerusi bertindih sahaja
"Kerana ia jelas menyalahi perlembangaan parti apabila watikah itu dikeluarkan selain dari Presiden atau Setiausaha agong juga bagaimana SPR boleh menerima watikah parti tanpa tandatangan Presiden, ini hampir mustahil," katanya.
"Adakah wujud surat dengan tandatangan palsu Wan Azizah ? Pengerusi SPR harus tampil menjelaskan bagaimana SPR boleh menerima watikah tanpa tandatangan Presiden Parti atau tandatangan Presiden dipalsukan? " soalnya lagi.
Beliau yang digantung dari PKR kerana mengkritik Azmin, menuduh Menteri Besar Selangor itu merupakan punca kecelaruan dibelakang pertembungan antara DAP dan PKR.
"Pertembungan PKR dengan DAP juga berpunca dari Azmin seperti diterangkan oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang menyatakan bagaimana Azmin selaku Timbalan Presiden telah menyerahkan kerusi yang bertindih dengan DAP dengan siap nota bertandatangannya."
"Malangnya bila diketahui oleh PKR Sarawak mereka marah dan Azmin dengan selamba menyalahkan Azizah (Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan lain - lain," katanya dalam posting terbaru di blog chegubard.blogspot.com
"Dia mahu menjadi hero, yang kononya nak pertahan maruah parti memprovokasi PKR di Sarawak untuk terus bertanding dan cuba memerangkap Dr Wan Azizah untuk menandatangani watikah kosong," tambahnya.
"Namun Dr Wan Azizah yang sudah mengetahui strategi Azmin enggan menandatangani watikah kosong, Azmin melalui kaki kakinya (penyokong) menyebarkan bahawa Kak Wan lembik dan takut dengan DAP tak layak jadi presiden.
"Inilah strategi Azmin dia yang berunding siap tandatangan, dia provok pemimpin Sarawak supaya siap diri bertanding dan akhirnya dia salahkan Wan Azizah dan yang lain seolah dia hero dan mangsa keadaan," jelas Chegubard.
Tegasnya lagi, kini ramai yang melupakan faktor bagaimana calon tanpa watikah Wan Azizah boleh bertanding.
"Azmin menipu apabila mengatakan ada mandat bertulis dan Wan Azizah kononya bagi dia kuasa untuk menghantar calon berlawan sesama Pakatan Harapan. Yang ada cuma 'whatsapp' dari Wan Azizah yang turut memberikan dia kuasa berunding mengenai calon dan kerusi bertindih sahaja.
"Jelas Azmin menipu apabila mengatakan dia diberi kuasa oleh Presiden untuk memberikan kuasa kepada PKR Sarawak mengeluarkan watikah sendiri dengan tandatangan Pengerusi Negeri," ujarnya Chegubard yang bagaimanapun tidak menampilkan sebarang bukti untuk dakwaan terbaru itu.

Comments