Tentera bom kedudukan Abu Sayyaf


Manila: Tentera Filipina memulakan serangan besar-besaran menggunakan pesawat dan bedilan artileri terhadap kedudukan Abu Sayyaf yang menahan lebih 20 tebusan rakyat asing di selatan negara itu hari ini.

Jurucakap tentera di Manila, Kolonel Noel Detoyato, berkata bedilan artileri mensasarkan kawasan pergunungan di Pulau Jolo dengan jet serta helikopter terbang rendah menggugurkan bom.
"Kami kini menguasai kawasan yang sebelum ini diduduki Abu Sayyaf,” katanya.
Menurutnya, penduduk melaporkan 14 lelaki bersenjata terbunuh namun ia tidak dapat disahkan kerana tiada mayat ditemui.

Beliau berkata, serangan itu yang mensasarkan kumpulan diketuai Radullan Sahiron, terbukti berjaya.
Kelmarin, Presiden Filipina berikrar akan menggunakan semua kekuatan yang ada untuk menghapuskan Abu Sayyaf walaupun jika terpaksa ada yang terbunuh.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL