Tiga Suspek Pecah Rumah Zaquan Adha Ditahan

KOTA TINGGI: Polis menganggap kes pecah masuk ke atas rumah persinggahan pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim II (JDT II) Mohd Zaquan Adha Abd Razak selesai dengan tertangkapnya tiga suspek di Iskandar Puteri awal pagi Khamis.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata ketiga-tiga suspek rakyat tempatan yang berumur 23 hingga 39 tahun itu ditahan di rumah persembunyian mereka di Taman Horizon Hills kira-kira 1.45 pagi.

Katanya, beberapa barangan termasuk sebuah kereta Hyundai Tucson, Peugeot, beg dan jam tangan pelbagai jenama serta rantai emas yang dipercayai milik pemain bola sepak itu, turut ditemui semula dalam operasi penahanan itu.

"Kita turut menemui pelbagai peralatan untuk memecah masuk rumah antaranya kuku kambing, sepana dan pemotong besi.

"Kita kini dalam proses untuk menahan reman mereka bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pertandingan Menembak Polis Johor bersama Media di Lapang Sasar Ladang REM di sini Khamis.

Dalam kejadian di Taman Bukit Dahlia di Bandar Seri Alam Jumaat lepas, ketiga-tiga suspek dikatakan mengumpil tingkap bahagian dapur rumah Mohd Zaquan untuk memecah masuk dan melarikan barangan kira-kira RM200,000.

Laporan kejadian kemudian dibuat oleh polis peronda yang menjalankan tugas di kawasan berkenaan.

Dalam kes lain, Wan Ahmad Najmuddin memberitahu seorang pengganggur lelaki berusia 19 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Palas, Kelantan pada Khamis kerana didapati menghina institusi Kesultanan Johor menerusi laman sosial Facebook.

Katanya, suspek ditahan kerana memberikan komen yang mengaibkan dalam akaun Facebook TRW Troll Story menggunakan akaun miliknya Meor Castello.

"Susulan tangkapan oleh polis Kelantan itu, saya telah mengarahkan pasukan untuk membawa suspek ke sini untuk ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi Multimedia 1998," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL