Trump umum dasar ‘Amerika didahulukan’

Pendahulu calon Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk Parti Republikan, Donald Trump kelmarin mengumumkan polisi luar negara dengan ‘Amerika didahulukan’ sekali gus memaksa sekutu-sekutunya ‘membayar bahagian mereka’.
Dalam satu ucapan pen­ting mengenai polisi luar negara yang langsung tidak memberi sebarang perincian, Trump memberi amaran bahawa AS tidak akan lagi membantu negara-negara yang berhadapan dengan ancaman, manakala Eropah dan Asia mungkin terpaksa mempertahan sendiri wilayah mereka kelak.

Dia turut berikrar untuk melupuskan perjanjian dagangan, mengubah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk menentang migrasi dan Islam ‘radikal’ serta mengutamakan kepentingan nasional AS mengatasi lain-lain pertimbangan.

“AS didahulukan akan menjadi tema utama dan perubahan untuk pentadbiran saya. Polisi luar negara sekarang ini sangat teruk, kita membina semula negara-negara lain sambil melemahkan negara sendiri.

“Negara-negara yang kita sedang lindungi perlu membayar kos pertahanan itu dan jika tidak, AS perlu bersiap sedia untuk membiarkan mereka mempertahankan sendiri wilayah masing-masing,” kata Trump kepada penyokong-penyokongnya.

Ucapan itu dibuat bagi membolehkan Trump mengambil hati satu pertubuhan polisi luar AS yang skeptikal terhadapnya.

Kenyataan Trump bukan sahaja mengutuk polisi luar semua Presiden AS sejak berakhirnya Perang Dingin, malah mengecam misi pembinaan semula negara-negara di Timur Tengah di samping mempertikai kos ditanggung untuk pertahanan NATO dan sekutu AS di Asia seperti Jepun dan Korea Selatan.

Trump sebelum ini dikutuk kerana gagal mendapatkan sokongan nama-nama besar untuk polisi luar sebaliknya banyak bergantung kepada sekumpulan kenamaan berhaluan kanan yang terpinggir.

Bilionair itu bagaimanapun mempertahankan pasukan yang dikumpulkannya dengan mengutuk bakat sedia ada di Washington telah ‘tercemar’ akibat huru-hara di Iraq di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL