PM mahu dewan-dewan perniagaan gembleng tenaga sebagai satu pasukan…Memang Terbaik Planning PM Kita

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, berkata, sebagai salah satu daripada 25 negara negara pengeksport, Malaysia mesti berterusan berusaha mencari pasaran baharu, mempelbagaikan produk dan menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Katanya, dengan tumpuan ekonomi semakin condong ke timur, ia kini jelas, bahawa abad ke-21 akan dikuasai Asia dan Malaysia harus mengambil kesempatan sepenuhnya ke atas Inisiatif One Belt One Road (OBOR) oleh negara China yang berpotensi muncul sebagai platform terbesar di dunia untuk kerjasama ekonomi.

"OBOR diwujudkan untuk menghubungkan bandaraya 68 buah negara yang merentasi Eropah, Asia dan Afrika. Ini mewakili pasaran 4.4 billion orang, atau 63 peratus penduduk dunia dan 30 peratus Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK). Inilah pasaran yang boleh disambar oleh Malaysia," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa melancarkan inisiatif kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia (NCCIM) menerusi Strategi Dewan Global untuk menangani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat dan meneroka pasaran global.

Majlis berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya Isnin malam..

Untuk mencapai matlamat yang diharapkan beliau menggesa semua dewan-dewan perniagaan negara ini untuk menggembleng tenaga sebagai satu pasukan yang kuat bagi memanfaatkan kemampuan serta peluang berkenaan.

Najib berkata, pembabitan Jack Ma dalam penubuhan Zon Digital Perdagangan Bebas (DFTZ) adalah sejajar dengan kewujudan OBOR.

"Lebih daripada 1,900 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) telah memberi komitmen untuk mengambil bahagian di DFTZ. Dianggarkan barangan bernilai USD65 billion akan melalui OBOR, menghasilkan 60 ribu peluang pekerjaan menjelang 2025.

"Hasil eksport barangan keluaran PKS dari Malaysia juga dijangka akan meningkat dua kali ganda menjelang 2025," katanya.

Strategi Dewan Global bertujuan memudahkan kemasukan pasaran baru dan belum diterokai, terutamanya pasaran  Halal global yang kini bernilai 500 billion dolar Amerika dan mungkin melepasi 2.55 trilion dolar Amerika menjelang 2024.

DPMM dan Dewan Perniagaan dan Dewan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) juga sepakat mewujudkan "The Dewan" yang menyatukan semua dewan perniagaan dan organisasi perniagaan untuk bekerjasama sebagai satu pasukan.

The Dewan akan merancakkan misi perdagangan untuk PKS memanfaatkan peluang-peluang yang disediakan oleh OBOR, yang didorong oleh DFTZ.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana